gerak

ASSALAMMUALAIKUM !:)

Saturday, December 15, 2012

part akad nikah

assalammualaikum,

bile anda baca entry ni, itu bermakna saya sudah menjadi isteri orang, wee~ happy mak nak, sies syiok.. ade best ade tension nye, tidak semuanya indah, yang indah hanya malam pertama hahahaha, ok stop, cerita tuh, hanya aku dan laki aku tahu betapa indahnya, yeahhh :P

7.12.2012

jam 3.30 petang lebih kurang begitu, di masjid felda jelai 3, dengan dua kali lafaz akadnya oleh my za'ujti habibi 'encik Shahid Abdul Rahim'  maka termenterailah ikatan diantara dua hati, haha. hoi, jantung mak nak jatuh sampai ke tanah nak, nak masok dewan exam pon tak der lah berdebar sebegitu, ooo serius itulah rasa yang paling ajaib dalam hidup ku, tettt +_+

selesai akad, berjurai2 airmata jatuh di pipi gebu ini, ceh..sejak pakai tabita, gebu semacam, haha :P 
ok part yang paling best, bile cik hubby siap sujud syukur, die terus sarungkan cincin dan gelang di tangan yang cantik lagi kecik ini, haha, lepas tu, baba die pon cakap, "shahid, cium la dahi isteri kamu tuh, dah halal dah.." ooo time tuh mak ai malunyeee, dan dengan lajunya cik hubby kita cium dahi ni, heyy die nih, dalam masjid pon sempat buat org sekeliling tegelak, itulah kelebihan shahid nih, ade je bende die nak buat, 

abis dah part akad nikah, pastu sume datang kat aku, nak begambar pls nak bergambar.. oo seteres jugak jadi pengantin ni, bukan hape, 24 jam pipi ni kene menghasilkan 1 senyuman yang manis, untuk permintaan ramai saya kene jugaklah layan, kadang2 sampai tak terlayan, ramai sangat kawan2 datang, sangat2 tak sangka, weee~~, tengkiu sayang2ku semua.. im touchh okeh ^_^''

sampai di rumah, bergambar lah puas-puas, mule-mule sangat lah malu nak pegang tangan, wahhh bile fotografer kata, pelok sikit, pegang sini, pegang sane, haaaa menjadi akrab lah kami, dan itulah mulanya detik-detik percintaan yang romantis, tengah-tengah tangkap gambar, shahid bisik "i love u wife" arghhhhhh nak jerit kuat-kuat kata, aku bahagia weyyy!! kejab-kejab die kenyit mata die yang tak cantik tuh, hey nakal sungguh suami saya, 

yang tak bestnya kat aku, time akad tuh demam panassss, suara seksi.... serak-serak basah jadinya, hampir sama dengan pretty zinta tuh, haha.. aku tak suke suara rock nih! tp cik hubby cakap, SO SEXY YO.. wee~~, katanya setahun sekali je dapat dengar suara seksi ni, haha, mak aku pon hilang suaranya, kesian sangat, mak hanya dok dan senyum je pandang orang haha, nk bercakap suara tak keluar, 

part yang menyedihkan, sebelum akad tuh, jantung berdebar-debar dengan lajunya, ferrari pon tak x selaju jantung aku weh, time tu, sepupu ku merangkap mak andamku, tengah make up muke ni, die perasan aku jadi tak menentu, dalam kepale ni, hanya nampak mak dan babah je, serius... waktu tuh, malaikat sedang beri banyak tanggungjawab di bahu nih, kita memang tak nampak tapi kita boleh rase.. waktu tu, ain sedih sangat2, ain rase tibe-tibe pulak tak nak kawen, sebab takot berpisah ngan mak, mak sedara semua pesan, selawat banyak2.. sedih sangat time tuh :'(

well..bile selesai bergambar, lepas asar, ain kembali tak sehat, makan panadol 2 biji, then buat keputusan untuk rest, ape lagi tidolah! sedar2 dah nak kol 8, ayoo, nasib magrib tak terlepas, yang mengejutkan, bangun2 dari tido dengan muke dihiasi tahi mata yang comey sebijik, cik hubby masok bilik, mak oi! terkejut, tibe-tibe teringat, EH AIN KAU DAH HALAL LAH, hahha terlupe kejab aku dah jadi bini orang.. hahhaha lawak lah :P cik hubby pon datang rase dahi, alololo sweet tol lah die nih, 

so, kol 9 malam ade majlis malam berinai, ape lagi, sebelum cik hubby buat yang bukan2 laju2 ku beri alasan sori ye, sila bersabar utk menunggu hari esok, saya nak mandi and solat and bersiap untuk malam ni, so..amik tuala cabotttt masok bilik air, fuhhh selamat mak nak.. hahaha 

ok cerita tergantung, abis part hari akad nikah, len kali aku cerita part len, minta maaf lah tak der gambar..gambar banyak kat kamera man jer, tunggu lah nanti2 aku uplord.sebenarnya, hampir 3 hari makan mase juga untuk aku betul2 percaya yang aku dah kahwin, haha, tak sangka lah, kenal 6 bulan je, terus kawen, itulah jodoh, kalau dah jodoh tu mudah sangat, alhamdulillah, syukur ya Allah, krn mengurniakan suami yang baik hati dan penyayang like my hubby, muaaahhh syg abi,

oklah, dah malam ain, tidolah esok nak naik plamin kat umah belah lelaki pulak, ok tata :P 

p/s : anak2 dara sekelian sila2 lah kawen cepat, sangat seronok oo kawen mude, sila cari suami yang dah berkerja dan jarak umur korang jauh lebih 4 tahun dan ke atas, bukan ape nak bgthu sikit, lelaki ni lambat matang.. haha :P 

ok sekian dahulu, sok2 sambung lagi, daa..

thats my  hubby.. <3 br="br">

Wednesday, December 5, 2012

2 hari lagi menjadi yang halal padanya

Assalammualaikum,

hey..masih ain tak percaya okey, 2 hari lagi.. saya bakal menjadi halal kepada Shahid Abdul Rahim. Hwo that guys? die simple je. well entry kali ni just nak remind our love story, yeuuww.. rase menyampah cepat-cepat tekan pangkah kat sebelah kiri nun, ok. 

hai sayang, :P sory nak mengumpat you dalam ni kejab, haha. ceritanya bermula dengan pertanyaan daripada kakak angkat saya merangkap adik kepada Shahid ni, namanya kak jannah. ("she pretty okey") kak jannah tanya saya dah berpunye ke blum, sebab abang die yang no 3 nak kawen tapi takde calon, jawapan balas dari saya, kalau dah jodoh ain redha trima jer, 

then after 2 weeks, kak jannah bagitahu semula yang abang die tak nak bakal isteri yang belajar lagi, (hancus harapan kot! sadiss ) tak tahu kenapa time tu rase sedih bile bace msj kak jane tuh, padahal tak kenal pon lagi si shahid ni, tengok muke tak pernah, fb pon tak add. dalam tempoh 2 minggu tu, ain buat solat istikarah hampir setiap hari, nak kata mimpi tu takder lah, tapi hati ni heppy dan rase nak sangat kawen ngan shahid ni. seriusly (Y) so, takpela gitu ain just bagi jawapan redha je kat kak jane,

hujung bulan 6

nak di jadikan cerita, shahid add saya kat FB, haha tak malu '' ok first step, approve lah ape lagi hahaha, ingat lagi mesej first die hantar kat inbox FB sy, "salam, saya abang jannah, pak cik faqeehah" untuk pengetahuan anda semua, kak jannah ade anak bernama faqeehah yang sgt comel, saya sangat fanatik kat budak tuh, comeyy. then start dari mesej tuh kami chat and terus chat sambung kat watsap pulak, haha, 2 3 hari tu hati ni tak payah cakap, berbunga rianglah, kat kepala ade love2 berdenyut2 kot, hahaha. 

ok, lepas tu saya watsap kak jane bagitahu shahid msj ain, haha. rupe2nya ade sedikit salah faham di sini, waktu 2 minggu yang kak janah tak bagi jawapan tu sebab shahid mendiamkan diri, kak jane ingat shahid tak nak kat ain, sebab tu kak jane bagi jawapan cam tu, shahid tak nak bakal isteri yang msih belajar sebab nanti susah nak angkut ke hulu ke hilir hahaha. logik gak reason nyer,

ok, kami contect by fon jer, shahid balik dari kelantan, then kami meet di temani kawan saya aisyah. then shahid datang rumah saya meet my parents, mintak izin, saya ingat lagi dia cakap kat babah saya sambl menggigil2 dan cuak hahaha, "pak cik, saya ikhlas nak memperisterikan nurul ain," babah jawab, takder masalah pon, nak elok buat lah elok-elok. (pewit) green light udah dapat,

21 sept 2012

Shahid bersama family datang untuk merisik + bertunang sekali lah tuh, haha. time tuh bincang-bincang terus letak tarikh 7 dan 8 bulan 12, dan tarikh tuh tinggal lagi 2 hari jer lagi, tak tahu macam mana nak gambarkan prasaan yang indah ini, mesti semua orang yang nak kawen mengalami prasaan yang sama macam aku kan? kn ? kn ? berharap urusan ini di permudahkan amin.

tak kenal tapi boleh terima je dia jadi suami?

soalan ni ramai yang tanya ni, tak semestinya kene kenal 2, 3, 4 tahun baru bercinta, bercinta lepas kahwin tu lebih indah kot,  in shaa Allah.. sebenarnya ain sendiri tak tahu kenapa hati ni boleh terima dia, meaby ni jodoh dari Allah, ain redha, berharap dia mampu menjadi suami yang bertanggugjawab dan setia.

 2 perkara yang saya harapkan ,please

sebenarnya first time meet tu rasa seronok sebab shahid ni jenis yang kelakar abis, dia akan buat lawak spontan die, die suke merepek, dan lari pada tajuk, die ni suke buat gaya gedik, contohnya, dia akan cakap WHAT EVER MAJOR LOSER, sambil memetik tangan kiri, haha, mule2 jumpe ade jugak ain rase die ni tak sehat ke ape? lupa makan ubat ker? hahaha, 

perkara-perkara yang aku suka pada dia.

shahid pada ain, kadang-kadang dia boleh jadi kawan yang sangat rapat, macam korang-korang yang ada BFF tuh, dan dia ni seorang pendengar yang baik, dia pandai bab agama ( ni yang paling penting kalau nak pilih calon suami) dia ni luaran memang nampak tak matang, tapi bende yang paling saya suke dalam diri die, die ni pandai buat keputusan, die bijak dalam mengatur strategi, dia suke baca bulu ilmiah, tokoh-tokoh sejarah, kadang-kadang kami bertukar-tukar pandangan pasal politik, tokoh-tokoh sejarawan, dan paling saya rase die ni hebat die ni tahu tentang dunia, nampak je macam annoying boy ni, tp otak die banyak maklumat, 

dan dia ni kadang-kadang boleh jadi macam abang sendiri, bile ade masalah kat diri ni, dia orang pertama yang akan amik berat gile2, siap cakap, nak abang pergi pukul die ker? hahaha cakap jela brani buat tak lah kn.. yeah.. itulah yang perempuan nak, even kita tahu die tak kan buat tapi sekurang-kurangnya die tunjkkan yang dia really care tentang kita, well, sebuzy mana pon dia, die x pernah tak pick up fon if ain kol die, dan die sentisa ade mase dengan ain, one more thing, die ni kadang-kadang funny gile, sebab kalau ain membebel kat die especially pasal rokok, die ni gelak jer, siap boleh cakap haha comel la awk marah. hey.. tak jadi nak marah lah jawabnye, so betullah kata orang, api kene bertemu dengan air, sebab kadang-kadang aku ni ade jugak kepale anginnyer, haha. bulan tegak. :P

perkara yang jarang ada pada lelaki lain, shahid ni pembersih, die seorang yang teratur, tapi kadang-kadang menggelabah, haha berbeza plak ngan aku kurang teratur, aku ni jenis yang relex jer, lambat pon buat tak tahu haha. tu lah bende yang kontra pada kita org, shahid ni anak mama, aku suke sangat sikap die yang sangat mengutamakan parents die dalam segala bende, tak kira nak mintak pendapat ke ape ke die akan tanya mama or baba, dia tak meluru buat sesuatu, tp aku tak, aku suke ikot kepale sendiri, actually, dari pandangan dan nilaian aku pada dia banyak mengubah diri aku, seriusly, bukan nak puji lelebih pasangan sendiri, tapi itulah kenyataanya, die perfact bagi aku, if ade dose2 die tu hal die ngan Allah lah, aku suke hati die yang baik, 

die suke tolong orang, dan die tak kan merungut tolong orang, die ni kelakar, suke buat lawak mengarot, kadang-kadang aku tengok diri die ni penuh dengan kebengogan haha, tapi kebengongan die tu lah buat aku bahagia hari-hari, aku sangat hargai die paling risau aku sakit dan menagis, hatidie penuh dengan sifat penyayang, romentik, suke buat suprise !! ah macam2 lah kalau nak cakap tak abis, pape pon ain sangat-sangat bersyukur kerana di kurniakan suami yang murni hatinya. :'( syukur sangat2. 

perkara yang ain tak suke pada dia. 

MEROKOK! & TANGAN DI SUKE USIK2 MUKE DIE, HEE RIMAS BETUL AIN TENGOK, 

love letter for my hubby

terima kasih kerana sudi mengangkat diri ini di tempat yang lebih mulia, keputusan untuk memperisterikan saya sungguhpun diri ini serba kekurangan, itu adalah perkara yang paling saya hargai, syukur pada Allah kerana memberi anugerah yang terindah pada saya iaitu awak, u changed my life in a moment, hanya Allah mengerti hati dan perasaan ni, saya takde pape pon, saya hanya wanita biase, tapi satu perkara yang saya boleh janji pada awak, in shaa Allah sy akan jadi isteri yang baik pada awak dan umi yang penyayng pada anak-anak. saya tak mintak hidup mewah dengan wang berjuta, dengan gelang mas sampai ke siku, cukup saya bahagia dan awak jalankan tanggungjawab awak sebagai suami, cita-cita yang paling besar dalam diri saya, saya nak bersama suami saya dan anak-anak saya di syurga nanti, akhir, moga Allah redha pernikahan ini, 

ENGKAU ADALAH KURNIAN TERINDAH DARI ALLAH S.W.T

watak-watak yang terlibat dalam story ini, haha.

shahid a.k.a zidan haha prasan

cakk.. ini saya. muke x siap ! haha

ni lah faqeehah, alol faqeehah buat muke letih la, ^_^''

yang tudung meroon tu kak jannah, yang tudung kelabu belakang tu raihaan adik shahid, sebelah raihan tu insyirah, comelll, dan sy baju hijau pegang faqeehah yang heppy <3 nbsp="nbsp" p="p">

ok gambar penutup, STOP! 

moga penikahan ini bahagia hingga syurga aminn.. abi.. love u morer :P
k nak muntah kn? haha tengah bahagia, k bye.

Sunday, November 25, 2012

PBB MENGIKTIRAF ISRAEL DAN KEBENARAN HADIS

Assalammualaikum,

Salam hujung minggu dari saya, hari ni tiba-tiba rasa nak share sesuatu yang bermanfaat kepada seluruh ummat islam, kesedaran untuk menulis tentang  ISRAEL atau lebih dikenali sebagai YAHUDI LAKNATULLAH ! ini sejak bermulanya perang 8 hari antara palestin dan israel, sungguh pun kita sudah di warwarkan bahawasanya genjatan senjata telah bermula bermula perintah oleh PBB, tapi adakah anda rasa kekejaman zionis ini akan terus terhenti sampai di sini sahaja? 

Israel itu tidak akan takut dengan mana-mana negara, bagi meraka semua ini kecil, kerana kaum yahudi ini mempunyai peralatan yang canggih dari segi alatan peperangan, selain itu, mereka juga mempunyai engineer yang hebat-hebat, tak payah cakap pasal tu lah, sedangkan ekonomi dunia pon dalam genggaman mereka, 

peliks kan? sebuah bangsa yang tak pernah di ikhtiraf di dunia ini negaranya mampu menguasai ekonomi negara, nak tahu lebih lanjut, macam mana sampai yahudi ni menguasai dunia? sila pergi ke MPH atau popular atau PTS, sila beli buku berkaitan MUSTAFA KAMAL ANTARTUK, now saya bukan nak cerita pasal mustafa kamal antartuk ni, kalau nak cerita kena buat entry satu lagi, 

Apa kaitan PBB (pertubuhan bangsa-bangsa bersatu) dengan ('israel') yahudi laknatullah ini??

seperti yang kita tahu, yahudi sebenarnya adalah bangsa yang tidak pernah di iktiraf oleh dunia, akan tetapi, pada tahun 1948, PBB telah mengiktiraf negara israel dan telah mengambil sebahagian daripada tanah Palestin, dan diantara negara-negara yang terawal mengiktiraf negara israel ini adalah AMARIKA SYARIKAT ! 

"Majlis perisytiharan penubuhan Israel dibuat di Muzium Tel Aviv (sekarang dikenali sebagai Dewan Kemerdekaan), tetapi tidak diumumkan secara meluas kerana takut dihalang oleh pihak berkuasa Britain atau serangan tentera Arab. Jemputan dihantar pada pagi 14 Mei yang memberitahu para jemputan supaya datang pada pukul 2.30 petang dan merahsiakan majlis. Majlis bermula pada pukul 4 petang (masa yang dipilih supaya tidak melanggar waktu sabbath) dan disiar secara langsung oleh stesyen radio Kol Yisrael. Tepat pukul 4 petang, David Ben-Gurion menghentakkan tukul kayu di atas meja, diikuti oleh nyanyian Hatikvah yang kini menjadi lagu rasmi Israel oleh 250 tetamu. Tergantung di dinding di belakang podium adalah gambar Theodor Herzl, pengasas Zionisme moden, dicelah dua bendera yang menjadi bendera rasmi Israel."

"Antara negara terawal yang mengiktiraf Israel adalah Amerika Syarikat yang dibuat dalam masa 11 minit selepas perisytiharan. Ini diikuti oleh Iran (yang pada masa itu masih di bawah Shah Mohammad Reza Pahlavi), Guatemala, Iceland, Nicaragua, Romania dan Uruguay. Kesatuan Soviet mengiktiraf Israel pada 17 Mei 1948, diikuti oleh Poland, Czechoslovakia, Yugoslavia, Ireland dan Afrika Selatan." 

(sumber wikipedia)

 tengok mangkok ni, ee geram tol aku! 

Kesan daripada pengiktirafan negara israel tadi, tanah palestin terus di rampas oleh mereka, selepas itu berlakulah perang antara Arab-israel pada tahun 1948. antara negara yang serang adalah syria, lubnan, dan mesir, ('sape nak diam kalau negara sendiri di rampas') 

anda lihat sendiri berapa peratus sahaja tanah milik palestin sekarang?? sedih kan? jadi di mana useha kita untuk membantu saudara islam kita?? lakukanlah walaupun sedikit, walaupun anda duduk di malaysia, tapi palestin itu tanah islam! dan yang perlu memperjuangkannya adalah kita orang islam, jangan terlalu sibuk mengejar kejayaan dunia, carilah sedikit masa untuk membuktikan kasih sayang kita terhadap islam, rasulullah pernah bersabda "sesungguhnya aku merindui pemuda di akhir zaman yang sibuk memikirkan masalah ummat" (''rasa-rasa kita ni ker? jangan harap lah, sila terase!")

Yahudi itu tidak akan pernah berhenti dan takot dengan mana-mana negara tapi hanya satu yang mereka takotkan iaitu ISLAM, kerana mereka ('yahudi') itu percayakan hadis,

"Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi. Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja. Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), karena termasuk pohon Yahudi."
 
 (HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427) 
 
sekarang yahudi bunuh kanak-kanak dan wanita, sebab ape? sebenarnya mereka takotkan kebangkitan pemuda-pemuda di palestin, sungguhpun palestin tidak mempunyai senjata yang canggih tapi mereka mempunyai semangat jihad yang tinggi, dan tahukah anda sekarang yahudi dalam ketahutan, mereka sekarang sedang giat menanam pokok gharqad, kerana di dalam hadis menyatakan pokok gharqad tersebut adalah pokok yahudi, 
 
 sorylah ain tak tahu nama orang tua yang tak nsem ni, tapi yang pentingnya, dia ni mesti orang kuat 
yahudi. huduh na muka hang, >.<''

 pokok Gharqad

pokok ini sedang giat ditanam oleh orang-orang yahudi kerana mereka percayakan hadis, mereka takot, jadi mereka tanam pokok ini dengan tujuan bersiap sedia untuk menentang islam, dieorang ni sebenarnya tahu kebenran tapi dieorg ni bongkak dan sombong ! “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)”. an-nisa 153. ('lihatlah keangkuhan mereka telah tertulis dalam al-quran). Pokok ini telah ditanam di tanah haram israel sebanyak 220 juta batang pokok,  mereka menubuhkan satu dana kebangsaan semata-mata ingin mungutip dana untuk menanam pokok gharqad ini, 

::sebab tulah ape pon PBB cuba buat dan beri arahan pada yahudi laknatullah ini, tidak akan dapat mengubah ape-ape prasaan takot mereka, selagi mana kuasa besar seperti amarika syarikat itu terus bersengkongkol dengan mereka,::

sungguh pun begitu, jangan bersedih wahai saudara-saudaraku di gaza, kami di sini sentiasa mendoakan kamu semua, dan cuba sedaya upaya untuk menolong dan memberi sumbangan mana yang termampu, in shaa Allah, dan bergembiralah wahai shahid dan shahidah di syurga sana, 

suatu saat ISLAM tetap akan menang ! apabila munculnya seorang khalifah yang akan menyatukan seluruh ummat islam di muka bumi ini, iaitu IMAM MAHDI. lets pray for gaza ! :'(

ALANGKAH BAGUS KALAU NEGARA MALAYSIA NI DAPAT MENGHANTAR RAKYAT MALAYSIA PERGI KE PALESTIN DENGAN FREE! of cozlah nak pergi! kejar shahid!!!! syurga menanti, sungguhpun sakit! namun manis mnanti!

TAKBIR! ALLAH HUAKBAR!

Saturday, November 24, 2012

kelebihan seorang wanita dan tips penyusuan anak oleh ibu Imam Syafie

Assalammualaikum,

dengan ini saya ingin menyatakan bahawasanya saya sanggat berbangga menjadi seorang wanita, ye-ha! thank you Allah, the first thing first paling owesome sekali menjadi wanita adalah dapat melahirkan zuriat suami, melahirkan khalifat di bumi Allah ini, dan meramaikan ummat rasul kita, ("den nak anak ramaiiii... 14 orang! haha :p ")

sabda Rasulullah s.a.w
"Menikahlah kamu, kemudian berketurunanlah, agar jumlah kamu menjadi banyak, karena sesungguhnya aku bangga dengan jumlahmu yang banyak di akhirat kelak."

actually, banyak sangat kelebihan menjadi seorang wanita, bukan nak kata lelaki tak banyak, sama sahaja sebenarnya, cuma kita lebih mudah untuk mendapat pahala free, atau pahala yang tak di sangka2, contohnya, suami anda buat baik, anda dapat pahala jugak.. wee~ seronok kan? dengan syaratlah, bertaqwa pada Allah, taat pada suami, insyaAllah boleh pilih mana-mana pintu syurga. ("senyum ler :D")

Kelebihan seorang wanita

1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali
 
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. 

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. 

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga 
anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. 

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. 

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. 

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. 

11.Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. 

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. 

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. 

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. 

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. 

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. 

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. 
  
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. 

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. 

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. 

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. 

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. 

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. 

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 

"wow! untungkan jadi perempuan? jom kita bersyukur.. 

saje-saje pakai purdah, pengalaman yang paling menyeronokkan, nanti ain update pasal pengalaman pakai purdah. "doakan ain yer" :)

kelebihan menjadi seorang wanita dah share, now ketahui tips dan kelebihan penyusuan pula. semoga dengan ganjaran-ganjaran yang diberi Allah ini menjadikan kita hambanya lebih bersyukur. amin.

Tips penyusuan oleh ibu imam syafie

 ha..moh ler kita amalkan begini, moga-moga dengan izin Allah anak-anak kita semua hafiz & hafizah belake :D

Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak

1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.

6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.

SUBHANALLAH.. alangkah beruntungnya seorang wanita. semoga dengan artikel yang tak seberapa ini memberi manfaat dan kesedaran kepada setiap wanita agar lebih bersyukur di beri jantina seorang WANITA. 

"aku anti peng-kid" OPSS, sory!! :p

:share untuk rebut pahale!:

Friday, November 23, 2012

2 minggu yang mendebarkan !

Assalammualaikum,

wahh, lame gile tak update blog, rasenya dah 2 bulan kot, bz bebenor ko ain macam bisnes women la pulak (''mata ke atas tangan di dada'')..

tak sangkalah 2 bulan tu sangat sekejab, sekejab la sangat ! hah! kini sudah tiba masanya. ye-ha! perasaan ni? bercampur baur, TAKOT + HEPPY + GEMENTAR + BAHAGIA + SEDIH dan semuanyalah, hah! percayalah kau bakal menjadi bini orang ain. wuuuu 

ok now, orang kata aku ni dalam proses 'SWEET BLOOD' melayunya darah manis, haha ! macam-macam berlaku, hai betullah kata orang tua, tengah-tengah darah manis ni kene berhati-hati sokmo, tunang aku 2 kali excident :-

1: xcident moto vespa skuta dia tu lah! (''aku rasalahkan sambil2 bawak moto tu mata die gatal pi kenyit2 girl len kot tu yang xcident tuh, hahak, :p padan muke hang, derhaka lagi ngan aku")

 heuuuwww...

2: xcident langgar ANJING ! hayooo...macam-macam la die nih, nasib baik pak teh aku ade dekat-dekat jer ngan area die xcident tu, ("kesian anjing tu lah")

 langgar anjing pon cam gini, ni lah krete buatan msia! 
pas kawen update VW Goft GTI katanyer >.<'' yeayy

yang tu bab tunang aku punye hal lah, tapi hikmahnya start die xcident yg 1st tu, lutut die berlubang kot eee uuu, geli kot aku tengok (''gambar dalam watsap jer'') paling bestnya lepas die excident tuh die dah tak main bola petang-petang, weee balik-balik tengok muke die puteh haha, tak payah susah-susah nak guna tabita macam mak nak HAHA !

well..alhamdulillah, dengan segala rasa yang berbaur tadi, hari bahagia itu semakin hampir, banyak sangat dugaan yang dilalui walaupun hanya kenal 'dia' 6 bulan cam tuh, kata orang nak bahagia memang akan lalui derita dahulu, itulah cara Allah mendidik kita menjadi seorang yang sabar..as sobru minnal imman kn?? 

kadang-kadang rase peliks lah, kenapa bende yang lepas pon aku kene tahu bile dah dekat nak hari bahagia kan? ok tak per aku anggap itu game kau nak uji mental aku, tapi kau silap, sebab kau berdepan dengan super duper power women, aku tak akan mengalah hanya demi kene bertanggungjawab di atas dosa2 hang, oppsss i'm sorry ! mat rempit jalanan cakap, "berani buat berani tanggung la dude".. tp dun worry, always remember tht Allah itu maha PENGAMPUN, bertaubatlah.. :) itu jelah mampu aku cakap.

alhamdulilah barang-barang semua dah beli, tinggal nak packing jer, owh lupe sem baru pon dah bukak! auww, sem baru, suami baru haha. (''macam lah kau ade suami lame kn ain?") ape pon tak bley -.-''

heuw heuwww i cannot wait !! ("pi lantak hang lah nak kata cek gatai kawen awal ka apa ka, ade aku kesah?").. WEML >.<'' hey dey, meh sini nak brain wash sikit otak hang tu, baguslah kawen awal, lagi-lagi untuk perempuan, moga jauh dari fitnah, jauh dari zina. dan ingatlah perkahwinan itu kan sebahagian daripada sunnah Rasulullah kita, nabi kata, "barang siapa yang bencikan sunnahku, maka dia tidak termasok dari golonganku"

actually, inilah jodoh, tanpa disangka dan diduga dia datang dengan sendirinya, tak perlu cari sebenarnya, sampai masa akan kawen juga,ko bercintalah bagai nak rak, kalau bukan jodoh tak kan bersama, tips tak nak kecewa :-

''JANGAN BERCINTA LAH!'' tak bercinta tak der lah putus, tak der lah kecewa, bukan aku tak penah couple2 penah jugaklah, arghhh sakit nak, mak kene tinggal, haha, past is past, pepatah kata "jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilanda ombak" perghhhh, sastra kau ain, kalau cikgu BM ko bace nih, bangga die, hahaha. miss u cikgu azizan ! muaahhh!!

merepek ape ko ni ain??..  betullah kata mak aku, tak selamanya Allah tu biarkan hambanya derita dan sengsara sampai masanya kita tetap akan bahagia, trima ksh ALLAH, segala ujian yg diberi buat diri ini lebih matang dan pandai berdikari, (''agaknye sb ni lah kot aku kene kawel awal? erkkk -.-''?

muke ni nak kawen nih? errkk -.-'' makanggg je kejo ko ain kn? patotlah naik 4 kilo! haha
bahagia katanyerrrr.... :P

bermonolog??
''ain..dengan segala perit yang kau lalui dan dengan segala payahnye kau mengharungi hidup ini, ha nah!! Allah beri kau kebahagian, DIA hantar someone special untuk kau, yang boleh jadi abang pada kau dikala kau perlukan pertolongan, boleh jadi kawan bila kau boring, boleh jadi ayah dalam melindungi kau, dan of coz seorang suami yang penyayang dan penyabar, so..terima dirinya seadanya, berjanji akan menjadi isteri yang baik, promise ain?? ''

OK BOSS! promise,

tak sabar nokkk..
bye.

Tuesday, September 25, 2012

ATTENTION PLS ! "tak single dah" !

Assalammualaikum.

update : semalam aku kene "COP". atau dalam erti kata len, sy tak single dah, x faham lagi?
semalam serombongan dari brunai + bangi datang merisik + melamar + bertunang sekalila senang. haha. oh majlis, sory x buat hot-hot gempak-gempak bagai *membazir jelah* :P simpan tok kahwin. bersederhana je konsepnye. heee...

majlis simple, hanya keluarga sebelah lelaki dan keluarga sy jer dan d wakili seorang tok ketua yg mulut murainya cm itik x dapat air. kuek sane kuek sini, haha pape pon tengkiu lah tok settlekn segalanya. oh best sangat. majlis x formal deh. paling otai babah aku, relex je ngn sua jeans die and t-shirt pagoda dia yg tak berapa nk menggoda tuh, oh tp sweet dgn peyutnya yg membulat seperti mak buyung. err. 

hantaran brape, mas kahwin brape, dulang brape, x perlulah nk show off sini kot. rasanya sangat berbaloi bakal suami beri tuh. *trima ksh future hubby :)* ok menggedik jb, jangan jeles -.-'' haha :P
1st time jumpe bakal mak mertua dan bapak mertua ku, OMG terketak2 lutut mak nak, haha. bapak mertuaku ustaz yg nsem yo.. *patotlah anak die pon nsem* hahak :P mak mertua cun, hidung mancung. dan paling menceriakn 2 orang anak buah future hubby yg muke mix miss korean, oh MY aku rasa mcm nk gigit2 pp itu budak, err. *nasiblah anak orang* haha

ni gambar tgh single lagi, sebelum majlis. >.<''

  anak dara tuh dah di pinang orang tau :P 
bersama nak buah sy yg bajet comel dr saya hahak. 
*abaikan latar yg tak seindah tuan pyer belog ni haha *yekk* 

aku tak sempat nak senap gambar bebanyak. bersiap pon last minit, sibuk memasak lol bakal mak mertua nak rasa, hewu hewu >.< *family lelaki kata lauk sedap2. YES!! sy berjaya. haha so berbaloi la beriban2 tu. oh ni untuk my future hubby *Tq for the beutifull ring* i really love it.

bila di jari manis ada cincin itu tandanya dia sudah berpunya
oh jari yg x cantikkkkk!! oh tidakk. 
saiz jari 6, haha kecikk, mcm bebudakk, 
 ok what everlah major looser. 
 tq so much future hubby for the beutiful ring. 
sorry gmbr tangan sekerat jer, selebihnya AURAT!!
gambar kt belakang tuh bukn saya yer, tuh minah mat saleh mane tah. haha 
kebetulan gmbar tu jadi sekreatve tuh, haha

tak best nak update panjang2 sebab gambar tak der, ader tuh jer kt aku, yg len ade kt sebelah pihak sane. time nenek future hubby sarungkn cincin tu saya sgt gementarrrr!! haha tp cmpur gembira... yeahh.. trima ksh lah bakal mak mertua bagi kain haler made in Brunai, kaler purple. oh sweet saya sgt sukaknny mama >.<'' sorry . gmbr future hubby tak nak di uplord. haha suprise! 

alhamdulillah tarikh dah set, so konform 7 & 8 haribulan 12 tahun 2012. jadi kepada yang berkenaan sila apply cuti cepat2 haha. tak sangka, tinggal lagi 2 bulan lebih je saya bakal menjadi isteri orang. Ya Allah inilah kurnian terindah yang wanita2 bakal rasa. insyaAllah 1 day anda pulak. aminn. doakn semoga perkahwinan ni d berkati. amin. 

pape pon, terima kasih kepada mak dan babah kerana telah membesarkan saya selama 20 tahun ni dengan pelbagai cabaran dan dugaan, adik sangat hargai :'( tq so much to my HERO babah! pagi2 area kol 4 pagi dah start motor p kebun demi mencari rezeki mbesarkan anak2. Allahhuakbar. rahmahtilah orang tuaku ya Allah. trima ksh abah kerana merestui pinangan ni. :'( *aku bukan anak org kaya cm korang, jadi aku sgt sedih lihat abah ku yang berpeluh2 blik dari menoreh" :'(

yang tak di sangka2 jodoh datang dgn tiba2 dan dia mintak izin untuk memperisterikan sy, alhamdulillah Allah permudahkan. btw, sy puji keberanian anda future hubby dtg umh sy mtk izin dgn mak n babah nk memperisterikn sy. *ni baru gentleman dude* sory bkn nk belgak, tp sush dah skrg nk cari lelaki mcm ni zaman sekarang. saya suke ayat ni. 

ingat yer, restu ibubapa penting. perlu di ingat apabila kita bernikah kita bukan shaja bernikah dengan pasagan kita shja tp seluruh keluarganya, sebelum mengambil hati anak dara amik lah hati bakal mak dan bapak mertua. baru macho! 

tq so much to my lovely mummy, NORASMARA BT MOHAMMED. kerana telah mendidik baik2 anak yg nakal + degil + kepala like batu ni, hee..nakal time kecikk..beso2 insafla weyy, haha. oh mak yg comel, semoga segala sifat yg baik pdmu d turunkn pada adik ni, huh, mak sy masak lazat, muke comel sukeeee senyummmm ngeee..penyabarrr, pandai menasihati, seorang mak dn nenek yang hebat!! love u so much. tak lupe pada ibu, along sangat hargai ibu lahirkan along di dunia ni, ibu beri adik peluang untuk along merasa bahagia, Ya Allah ampuni dosa2 ibu dan mak ku. amin. :'( love u ibu.

mesti korang gile sekejab kn? sb kejb mak kejb ibu, thts the real story, ibu itu adalah ibu kandung, mak dn babah adalah datuk dan nenek yg telah menjaga sy dari kecik. ibu sy dl kerja kt KL so x de org nk jaga, jd sy di import ke kampung. hehehee... eh -.-'' terasa seperti lari dari story. hehe, x pela. saya mungkin bukan anak yang mampu beri kejayaan yang gempak2 pd parent sy, tp syukur lah Allah beri sy sedikit anugerah dan telah dipelihara sebaik mungkin. 

pape jerlah. secara rasminya sy telah menjadi tunangan orang, dan haram untuk mana2 lelaki untuk meminang pinangan orang. so future hubby, sabar ea.. haha duk kerja kt klantan tuh molek2. bulan 12 segala rindu yang membuak2 ini akan terlerai. OMG! SY GEMENTARRR!! haha. + x sabar! gataiii ko ain, haha . 

last,  percaya dan yakinlah! bahawa Allah knows what the best for us. jodoh, tak perlu dicari, bila tiba masanya ia akan datang juga, Allah akn berikan jalan yang tak di sangka2, untuk adik2 bebelasan tahun yg masih bersekolah mengah or rendah x pyh la cintan cintun, semua tuh anoyying jerlah, gambar tuk adik2. hahaha, just joke!!

hahahahhahha padan muke kaw kne marah ! 

ok bye. v(*__^)v

Wednesday, August 29, 2012

perginya seorang sahabat :'(

Assalammualaikum

semalam 27 ogos 2012 perginya seorang sahabat yang mulia hatinya, seorang sahabat yg sentiasa menceriakan hati sahabat2nya yang lain.. dia seorang yg periang, ringan tulang, dan susah sangat menyakiti hati orang..murah senyuman, 

fahmi..serius, kehilangan kau, aku rasa tak percaya..dan sampai sekarang senyuman manis kau dan suara serak rock kau tu aku masih terngiang2 di telinga aku..kau pergi dahulu meninggalkan kami..kerana aku tahu, Allah sangat menyanyagi hamba2NYA yg mulia hatinya seperti engkau, sungguhpun hati aku sedih tp aku redha dan yakin, engkau tenang disana, 

wajah manis sahabatku Allahyarham fahmi

Allahyarham seorang periang. aku akn sentiasa merindui senyuman kau fami. :'(

ya Allah..sesungguhnya Engkau Ar-Rahman Ar-Rahim, ampunilah sahabatku ini, kasihanilah 
ya Allah, tempat dia bersama orang-orang yang soleh, yang mendapat rahmatMU iaitu 
JANNAHTUL FIRDAUSI..AMINN..

gambar terakhir, sahabat saya wan azhar sempat lihat wajah dia buat kali terakhir,
katanya wajah dia bersih dn tenang.. alhamdulillah.. 

::Fahmi, aku sentiasa merindui kau! tenanglah d sana wahai sahabat, insyaAllah syurga rumah barumu.. AMINNNNNN.... 

Monday, July 30, 2012

anak luar nikah itu tidak berdosa

tajuk memang hot kn? aku bertegas dengan tajuk ni!..masyarakat memandang hina kepada anak-anak seperti ini, sedangkan yang melakukan dosa itu siapa? adakah bayi yang tidak mengerti apa-apa ketika lahirnya minta dia di lahirkan dalam keadaan begitu? adakah dia juga gembira di lahirkan dalam keadaan begitu?

Dia juga inginkan hidup yang bahagia seperti manusia lain. Semua ini takdir Allah, adakah kita ini hanya lahir dengan sempurna mempunyai ibu bapa boleh sesuka hati menghina orang? membeza2kn darjat..! besar sangat ke pangkat anda smpai rasa itu sesuatu kedudukan yg rendah??

pernah tak kita selami hidup dia? bagaimana dia membesar tanpa kasih sayang dari ibu bapa dia? pernah tak? kita lihat bibirnya memancarkan senyuman, namun jauh di lubuk hati kecil dia, penuh kedukaan, tahu x?! betapa dia sakit perit nak terima nak harungi seorang diri! faham x!

pernah tak anda rasa, ingin menjalani hidup seperti orang-orang biase dalam kehidupan seharian anda, tibe-tiba ada mulut2 menjerit kearah anak kecil tu, "kau anak luar nikah, kita orang tak nak kawan ngan kau, kau anak haram.." budak kecik tuh, lari balik rumah hanya mampu mengis tanpa mengerti apa sebenarnya yang di cakap-cakap oleh orang sekeliling..

hidunya yang begitu sukar untuk berkawan dan meneruskan hidup seperti orang lain, tapi demi meneruskan hidup, dia tetap kuatkan hati. tapi kita orang yang sempurna ada mak ayah punya apa saja ni sesuka hati menghina orang, sesuka hati membeza-bezakan darjat, sedarlah diri masing-masing, jika engkau orang yang beriman takkan ada penghinaan dari mulutmu.

jangan salahkan bayi yang tidak berdosa itu dek kerana dosa-dosa ibunya yang lepas, biarkan die hidup di dunia ini dengan gembira seperti orang lain. jangan berlaku kejam pada mereka... bila kita nak buat sesuatu pada orang lain ingatlah, bumi ini sifatnya bulat, sekarang mungkin kita berada di atas, esok lusa mungkin kita di bawah,

#anak luar nikah itu tidak berdosa, :'(

Saturday, July 28, 2012

Kekuatan sebenar terletak pada hati

Mungkinkah aku perlu mengundurkn diri?
atau mungkinkah aku teruskan?

i feel so hard to face it.
Allah help me, please hear me. :'(
 
"orang-orang yang kuat itu bukan orang-orang yang gagah fizikalnya, tetapi orag yang kuat itu adalah orang yang sabar dan berjaya mengawal marahnya"

semoga aku kuat!

Thursday, July 26, 2012

keajaiban 99 nama Allah s.w.t

dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.

Assalammualaikum,

hari ni, ain rasa ain nak share sesuatu yang sangat bermakna untuk kita semua yang bergelar umat islam, tapi semua ni sangat bermakna jika anda amalkan selalu, bende yang sangat mudah sebenarnya, tapi sangat susah untuk orang malas amalkan, kenapa? tepuk dada tanyalah iman.

tahukah anda? 99 nama Allah itu boleh kita jadikan zikir harian kita, tak kira dalam keadaan apa sekalipon? dan 99 nama Allah itu terkandung 1001 keajaiban, tak percaya? baca pengalaman ain ni, dan jadikan iktibar.

 keajaiban yang dirasai

suatu ketika dahulu, ain seorang yang suke marah-marah, pantang la ada silap sikit, ain cepat melenting, lagi-lagi kalau time bendera jepun tengah tegak, lagilah tak boleh silap sikit, bila ain teringat balik kisah dulu kesian kat kawan-kawan ain, slalu kene marah ngn ain, tapi dieorang tetap kawan ngn ain, hehe maceh la kawan...

sampailah satu hari ni, ain jumpa buku yang bertajuk, "99 nama Allah", dikarang oleh, Al- Muarif. first impression tentang buku ni, sebelum menyelaknya, "la..99 nama Allah je pon, da hafal da.." pehh belagak aku time tuh, tapi Allah gerakkan hati ni suruh ain bukak buku tu, apa isi kandungannya,

then ain pon bukaklah, bila ain bukak, "oooww...baguslah buku ni, and bla bla bla," ha amik kau, tadi riak sangat -.-''

kemudian ain amalkan isi2 dalam buku tu, makin lame ain rasa, ain dah kurang marah2, lepastu, hati ni rase ringgan........je nak beribadah, lepas tu, rezeki ni murah sangat2, duit senang dapat, hati tenang, bila ada masalah ain akan zikir nama2NYA, hilang semua masalah tu,

paling best skali, pasal duit, ain ni, bukan orang senang ok? "i anak orang felda je pown"...then masa blaja tak dapat tajaan masa sem 1, dah risau sangat2 ni, ain pon zikirlah banyak2 dengan penuh pengharapan, smoga Allah murahkan rezeki, alhamdulillah,

tibe2 bukak website mara, die tulis "anda layak menerima tajaan MARA"  mara ok, ("bukan nak belagak atau riak, cuma nak share pengalaman ngn korang") bukan senang orang nak dapat, syukurrrr sgt,kadang-kadang tengah tak ada duit pon, hati ni tak der lah rasa nak risau sangat tak der duit, dan paling tak sangka, time-time tak der duit, ada jer jalan Allah mudahkan. jujur dari hati ain, memang apa yang ain amalkan berkesan ! 100% TIADA KERAGUAN!

oklah, ain dah merasai dan dah mengalaminya, jika anda ingin rasakan perkara yang sama ain rasa, silalah amalkan, tapi perlu ingat! keyakinan yang tinggi terhadap Allah perlu ada, solat jgn tinggal! jgn dok zikir2 tapi tak solat pon x jadi, mari kita buat kebaikan, tinggalkn keburukan, :)

yang paling-paling ain rasa sangat berkesan dalam diri ain, ain selalu amalkan zikir Ar-Rahman. memang tangan riggan jer nak bagi duit kat orang. amalkanla if anda ada cita2 nak jadi seorang dermawan, semoga Allah berkati usaha ini. amin. 

99 nama Allah dan pengamalannya,

1. Ar-Rahman (yang dermawan)

"sesiapa yang menyebut namaNya 100 kali selepas solat fardhu, insyaAllah akan mempunyai ingatan baik, fikiran tegas serba murni.

2. Ar-Rahim (Yang pengampun)

"sesiapa menyebut namaNya 100 kali selepas subuh insyaAllah akan menemui orang-orang yang baik hati"

3. Al-Malik (Maharaja Teragung)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang insyaAllah akan dihormati dengan sebaik-baik oleh orang lain."

4.Al-Quddus (Yang suci)

"sesiapa menyebut namaNya 100 kali setiap hari insyaAllah akan bebas daripada kebimbangan"

5. As-Salam (Punca Keamanan)

"sesiapa yang menyebut namaNYa 160 kali berulang-ulang ditempat orang sakit, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan insyaAllah dengan pertolonganNYA dapat menyembuhkan si penyakit"

6. Al-Mu'min (Wali kepercayaan)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang insyaAllah ianya akan jauh dari bahaya"

7. Al-Muhaymin (penjaga)

"sesiapa menyebut namaNYA berulang-ulang selepas mengambil air sembahyang, insyaAllah cahaya perasaan mereka bersinar-sinar"

8. Al-Aziz (Maha perkasa)

"sesiapa menyebut namaNYA berulang2 selepas fajar menyinsing selama 40 hari, insyaAllah akan bebas daripada bantuan orang lain"

9. Al-Jabbar (Pemaksa)

"sesiapa menyebut namaNYA berulang-ulang kali, tidak akan berbuat sesuatu yang ditegah dirinya, ataupun terdedah oleh bahaya, kesukaran mahu pun kekerasan"

10. Al-Mutakabbir (Yang Mulia)

"Sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali sebelum bersetubuh dengan isterinya, insyaAllah Allah akan menganugerahkan ianya anak yang soleh solehah"

11. Al-Khaliq (Pembuat)

12. Al-Bari (penjadi)

13. Al-Musawwir ( Pereka)

"jika seseorang ibu atau bakal ibu melahirkan anak, tetapi tiada berdaya, hendaklah ia berpuasa selama tujuh hari, dan waktu berbukanya hendaklah ia menyebut, YA-KHALIQ, YA-BARI, YA-MUSSAWIR, sebanyak 3 kali sebelum ia meminum air, insyaAllah permintaannya akan dikabulkan"

14.Al-Ghaffar (Pengampun)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang 3 kali, insyaAllah akan diampunkan dosa yang telah dilakukannya"

15. Al-Qahhar (Penakluk)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang insyaAllah akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenang serba bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan oleh  orang lain"

16.Al-Wahhab (penganugerah)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali sebanyak 100 kali semala 3 atau 7 malam berturut-turut selepas 2 rakaat sewaktu sembahyang di tengah malam diawali dengan hajat, insyaAllah hajatnya akan makbul."

17. Ar-Razzaq (maha Pemberi segala2nya pada hamba2NYA)

"sesiapa menyebut namaNYA berulang-ulang kali insyaAllah akan dimurahkan rezekinya"

18. Al-Fattah (Pembuka)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang insyaAllah akan terbuka hatinya untuk berjaya"

19. Al-Alim ( Maha Mengetahui)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali insyaAllah akan bersinar hatinya dengan cahaya suci"

20. Al-qabid (Pengekang)

"Sesiapa menulis namaNya pada lima puluh jenis makanan atau buah-buahan sepanjang 40 hari, insyaAllah ia tidak akan kebuluran"

21. Al-Basit (Pembesar)

"sesiapa menyebut namaNya berulang-ulang kali sewaktu fajar mendedahkan kedua-dua tapak tangannya keatas dan kemudiannya menyapu tapak tangan kemukanya, insyaAllah ia tidak akan perlukan bantuan orang lain"

22.Al-Khafid (Perendah diri)

"sesiapa yang berpuasa selama tiga hari, hendaklah menyebut namaNya pada hari keempat sebanyak 70,000 kali insyaAllah ia akan dipelihara dari musuhnya."

23.Ar-Rafi (Peninggi)

"Sesiapa menyebut namaNYa 100 kali berulang2 pada waktu siang dan malam , insyaAllah ALLAH akan meninggikan martabatnya, kekayaaannya serta darjatnya,"

24. Al-Mu'izz (Penghormat)

"sesiapa menyebut namaNya 140 kali  berulang-ulang selepas solat setiap hari isnin dan jumaat, insyaAllah ALLAH akan menjadikan ianya dihormati oleh orang lain."

# nantilah ain sambung lagi, banyak kot nak kene salin, amalkan jela apa yang ada tuh, hehe. #

nak tahu lagi update selalu lah entry ain, k bye. :D

Neutral itu Indah

Assalammualaikum..

sekarang memang trend terbaru ker? kalau nak cantik wajib pakai kanta pembesar mata, nak kasi mata nampak terBELIAKKK gitu.. haha..

ala...konon-konon macam "varvies" la sangat kan? puiii....... pastu tangkap gambar guna kamera enpon sendiri, dari side atas kemudian, 1 2 3... besarkan mata........!!!! peace x tinggal..well itulah perempuan. haha.

wow! comeynye "vervies" ni haha 
macam Alien pun ade gak, -.-''

nak cantik sampai membazir, nak cantik punyer pasal ada yang sanggup gadai body. oh! itu sudah tak bagus, mencari duit dengan jalan mudah itu bukan yang bagus, Islam tak ajar begitu yer wahai muslimah-muslimahku sekelian ^__^

kadang-kadang, sampai satu tahap ain jengjalan kat mall, ku lihat sekelilingku ada berbagai-bagai ragam, indahkan ciptaan Allah? cantik-cantik perempuan yang menutupi badannya dengan sempurna, tiba-tiba...argh! ada jugak BEROK keluar dari sarkes bershoping di mall.. wow! advance you berok, seluar kuning, baju pink, beg hijau.. ha eloklah sangat kn.. cukup syarat trafic light. haha :D

dek kerana nak cantik sangat tuh kan, ade yang terkadang pakai baju pelik-pelikss.. belum cerita tentang rambut lagi, hampir-hampir mengalahkan Angelina Jolie pon ade yo.. haha. cantiklah sangat kn! What everrr major loser.

make up lagi satu hal, bende-bende cam ni sering berlaku pada pengantin perempuan, hoho.. mak andam ni pun satu hal, make up tebal-tebal. dah macam hantu pon yer, naik takot aku tengok, mana yang cantik tu, untunglah kan, yang tetibe macam hantu tu aku rasa pengantin tu memang malang, haha. (aku kawen nanti jangan harap mak andam make up kan, aku sendiri yang make up!)

Islam ada caranya nak cantik, cukuplah dengan air wuduk dah buat muka anda berseri-seri tau, selain tu, ada ayat-ayat al-quran yang boleh membuatkan wajah-wajah anda nampak cantik..bersih..suci gitu.. haha, sedikit perkongsian.

Doa pemanis wajah :

"Iz qola yusufu liabihi ya abati inni roaitu ahada 'asyara kaukabaww washshamsa
wal qomaro roaituhum li sajidin"surah yusuf ayat 4.
maksudnya: (Ingatlah ketika yusuf berkata kepada ayahnya. " wahai ayahku! 
Sesungguhnya aku bermimpi sebelas bintang, matahari dan bulan, aku melihat semuanya tunduk sujud kepadaku."

satu lagi, tips nak cantik menawan, setiap kali basuh muka selawat tiga kali. yakinlah dengan Kalam Allah. :)

tak susah nak cantik, tak perlu keluar modal beratus-ratus, dalam Al-quran semua ada. nak dan tak nak je amalkn :) lebih baik amalkan doa ni daripada beli make up mahal2, kanta pembesar mata yang besar.. wat abis wit laki yo nanti  hakhak ("nasib mata aku dah besar, jimat wit laki den, syukurr..")

last, wat relex jela x cantik di pandangan manusia itu tak penting, cantik d hadapan Allah itu yang utama, biarkan sekarang wajahmu buruk dipandangan manusia, tetapi kelak dihadapan PenciptaMu bersinar2 cahaya syirah di wajahmu.

cantik bukan hanya pada rupa. muka cantik hati kotor tak guna jugak :P