gerak

ASSALAMMUALAIKUM !:)

Friday, April 27, 2012

Kemulian Ilmu berbanding Harta

 Assalammualaikum...
Saidina Ali r.a pernah ditanya oleh sekumpulan orang Yahudi, "10 sebab kenapa Ilmu lebih baik dari Harta?" dan ini jawapan beliau:

1. Ilmu pakaian anbiya' tapi harta pakaian Firaun dan Qarun.

2. Ilmu memelihara tapi harta dipelihara.

3. Ilmu menjadikan tuannya rendah diri tapi harta menjadikan tuannya bangga dan lupa diri.

4. Ilmu ramai kenalan tapi harta ramai musuh.

5. Ilmu menjadikan pemiliknya mulia tapi harta menjadikan pemiliknya bakhil.

6. Ilmu mendapat syafaat di akhirat tapi harta mendapat laknat.

7. Harta akan binasa tapi ilmu kekal selamanya.

8. Harta merosakkan hati tapi ilmu menerangkan hati.

9. Harta mendakwa dirinya Tuhan tapi ilmu mendakwa dirinya hamba.

10. Harta semakin kurang bila digunakan tapi ilmu semakin bertambah bila ditimba dan disebarkan.
*tapi dunia sekarang, tak da harta orang pandang hina, ada ilmu orang pandang biasa2 je, manusia2.........

Wednesday, April 25, 2012

kenangan bersama ustazah nor aini

Assalammualaikum,

ha...ain ade cakap nak masukkan gambar ustazah aini yang comel tu kan? haa... meh tengok, jangan tergoda ya, ustazah dah kawen, hehe.. 

taraaa.....ustazahnya yang tudung oren tu ye, yang tudung purple tu anak muridnya iaitu saya... hehe >.<

hari ni last kelas ustazah mengajar, alol rasa sedihhhh sangat2, ustazah ajar besttttt, terkesan di hati... ustazah memang the bestttt, lagi pulak comel...semangat nak datang kelas, 

"ustazah, u always to be my inspiration"
"ain doakan ustazah bahagia dunia akhirat"

semoga ilmu yang ustazah sampaikan, meresap ke hati2 kami semua, terima kasih kerana sudi mengajar kami ustazah, terima kasih ustazah <3

eh, kawan2 ain pon bergambar dengan ustazah jugak tau, kawan2 saya yang comel2.

comelkan kami semua, heeee... ustazahhh we all love u so muchh, 

haha...ni selepas kelas, bergambar ajer kami ni.. ish2

oklah, rasanya itu saja yang ain nak bagi tahu, kenangan sesuatu yang sangat bermakna dalam hidup seseorang, jadi gunakanlah masa itu sebaik yang mungkin, supaya hidup kita di warnai dengan kengan yang indah2 semuanya, love u guys, muahhssxx!

::eeh, esok ain ade mid term la, nak study, doakan ain eh, tata..

Tuesday, April 24, 2012

short sem yang sangat superb

Assalammualaikum, 

pejam celik pejam celik, (jangan tak celik2 sudah hehe) tak sangka dah nak tamat dah short sem ain, weeee....

alhamdulillah, sem pendek ni, terlalu banyak pengajaran yang ain dapat, and then dapat lecture baik-baik, sporting lagi, hehe.. belajar pon dalam keadaan seronok, syukurrr, segala presentation done! dan segala assignment hampir done, tinggal 1 je lagi, tamadun islam, 

sem pendek ni ain amik tiga subjek je,
  1. tamadun islam
  2. philosophy of science and muslim technocrat
  3. entrepreneurship in IT
tamadun islam

untuk subjek Tamadun Islam, lecture Ustazah nor Aini.. eh eh, nak bagi tahu ni, ustazah ni, comey loteyyyyy, aishhh geram, semangat je datang kuliah die, pastu kn kn, die ni macam nenek ain, jenis yang senyum.....je, manisss je, aishh, ain suke sangat dengar dia ceramah/mengajar, sangat2 terkesan di hati, kadang2 lawak2 cikit, 3 jam kuliah memang x bosan la, terlalu banyak input ain dapat, best best best, hehehe korang jgn jelessssss >.< 

eh, x berkesempatan nak bergambar dengan ustazah tu, nanti kalau ain dapat snap picture die, korang tengok la, tapi awas! jgn menyimpan apa2 perasaan, ace wah, hehe, ustazah da kawen la, hehehe

philosophy of science and muslim technocrat

korang rasa ain belajar ape subjek nih? subjek ni ktaorang blaja mengenai fahaman falsafah dengan sains, "ahli falsafah menganggap sains hanya sebagai tool untuk membuat uji kaji", manakala "sains pulak mengangap falsafah sekadar pendapat masing2 tanpa membuat uji kaji".. ini sekadar konklusion drpd subjek ni je tau :) kalau nak suruh ain ulas panjang lebar, x berdaya la ain, hehe

lecturer yang ajar subjek ni namanya Pn, Asrina Surihani, Pn ni, cool gile beb, tapi kalau die kata nak buat presentation x buat memng x de markah, dia cool baik sporting tp tegas, apa yang best dekat subjk ni, setiap hari jumaat akan ada diskusi ilmiah, dalam subjek ni pon banyak sangat ain tahu tentang2 keajaipan dunia yang selama rini tak pernah tahu pon, len kali ain share video kat korang ek, 

hari tu, lecturer ni mintak ain tolog die promotekan KUIS yg tercinta, hehe.. promote dekat JOM MASUK U, kebetulan time tu ada pesta kasot la, ada mcm2 event la, so..Pn asrina, bawak ain jalan2, time tu ain pergi dengan kawan sebilik, nama dia hajjar, 

 tidakkkk, jangan gelak ea, klaka kn?

nak tengok tak kasot2 yang pelik2 dan kasot gergasi, haha
haha bajet betul la gigirl puple tu kn? hehe, model tak berbayar, besar gila kasot tuu!

ni diantara kasut yang mendapat top 10 dalam pertandingan kasut 1 dunia, erkk.. ape tah yg cantik
pelikkk je,,wat sakit kaki je nk pakai, 

ni lagilah pelik, idea dari mana tah, eh aku ni, nak komen2 bagai plak, haha 
dah dah la masuk gambar, nak ikot kan banyak lagi gmbar, penat la nk uplord.

entrepreneurship in IT

ha,...subjek ni lagi best, kitaorg sume blajar macam mana nak jadi usahawan berjaya, suke suke suke...ain pon nanti nak bukak restoran ain sendiri sebab ain suke masak2 hehe, makan? ain x makan banyak peyot ain ada limit, eh merepek plak, 

ha, lecturer yang ajar subjek ni namanya Sir Halim bin othman, sir ni pon baik, cool... die ni usahawan kalau korang nak tahu, lecturer tu sebagai hobi dia je kot, bisnes die, bulan2 income 50k, dengar2 nak jutawan dah, x pe2, ain doa yang terbaik untuk sir!! hehe

actually, semalam, ain baru lepas buat 1 presentation tau, presentation tentang Bisnes Plan. group ain buat 1 produk telekomunikasi, nama produck tersebut, andromeda techno, dia henset, tapi boleh bertukar menjadi jam, then apa yang unik fon ni boleh scan bacteria, kami menggabungkan NanoTechnology dalam henset tersebut, hehe hebat tak?? aceceh... 

sebenarnya sir lebih pentingkan macam mana caranya kita nak setup organisasi syarikat kitaorg, so ain amik bahagian marketing, and yang len2 ada la bahgaian finance, CEO, byk lagi la, nak tengok x, masa hari present tu, kitaorg buat tema "The Blue Girl" tetibe sir pon pkai biru, hahaha, abis kuliah, terus bergambar ngn sir, 

nama company kitaorang, endromeda techno enterprise, 
tengok sir senyum lebarrrr haha
ain, kak nas,kak ely, sir halim, aida, hajjar, mimie, 
kami sekawan dan presenter terbaik!
"sir puji ain tau, kehkeh"

itu jela untuk short sem, wahhhh panjangnyee entry kali ni, haha ala ok pe, bukan slalu ain nak share life ain kn? kalau tak ain asik kasi tazkirah je kan? hehe... 

pape pon, ain heppy sangat2 sem pendek kali ni, ain harap ukhwah diantara kawan2 sume kekal, kita belajar sungguh2 yek! chayok2, hehehe... 

sekian saja dari hello kitty comel berbicara.. 
babye,, >.<

Sunday, April 22, 2012

wanita insan istimewa

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
 
Album : Insan Istimewa
Munsyid : De Hearty
http://liriknasyid.com
 
 ya Allah, titipkan rasa cintaku kepadaMU mengatasi segala2nya, didiklah hati ku agar sentiasa 
bertaubat kepadaMu, jadikan aku wanita yang dimuliai, jadikan aku wanita yang merendahkan diri,
jadikan aku wanita yang berakhlak mulia, jauhkan diriku drpd sifat takbur, riak, hasad dengki, sombong, ego,
dendam, mahupun semua yg tidak baik. kurniakn aku setinggi2 kesabaran dlm menghrungi
liku-liku kehidupan ini, semoga Engkau mendengar rintihanku, Amin, 

Tuesday, April 17, 2012

Peringatan

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia.
Yang paling dekat dengan kita adalah MATI. "Sebab itu janji Allah bahawa yang hidup pasti akan mati" (Surah Ali Imran :185)

2. Apakah yang paling jauh dengan diri kita didunia.
Yang paling jauh dari kita jauh adalah MASA LALU. Walau dengan apa sekalipun kita tak akan dapat kembali kemasa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, esok dan hari-harimendatang dengan perbuatan yang bersesuaian dengan Agama.

3. Apa yang paling besar didunia ini.
Yang paling besar didunia ini adalah HAWA NAFSU. "Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke Neraka." (Surah Al A'raf: 179)

4. Apakah yang paling berat didunia.
Yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. "Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung ganang dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.n.w meminta mereka menjadi (khalifah)pemimpin didunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupinya dan sehingga ramai manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah" (Surah Al-Azab :72).

5. Apakah yang paling ringan didunia.
Yang paling ringan didunia adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita dengan mudah meninggalkan solat.

6. Apakah yang paling tajam didunia.
Yang paling tajam didunia adalah LIDAH. Kerana dengan lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

merintih =(

assobatul minnal iman, "SABAR ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

apabila seorang manusia/hamba itu meletakkn rasa cintakan Allah mengatasi segala2nya maka secara tidak langsung, cintanya kepada Rasulullah juga ada, jadi jangan la kita menunding jari tanpa menilai sesuatu dgn akal fikiran,

kemarahan hanyalah sifat syaitan, jika tidak kerana cintaku kepada Rasulullah, maka tidakla aku relakn diriku untuk berdakwah, walaupun sekadar di blog, (kalau tak lebih baik ain tulis pasal cinta ke, pasal pergi makan-makan ke, waaaa....seronoknye, cam gitu ye baru cintakn Rasulullah?)

tapi tak pe, cek amik positive apa yang hang bagi kat cek, ITU RASANYA HATI HANG DAH TERKESAN DENGAN ENTRY CEK KOTTT .. -.-

DAN KERANA AKU SYGKN RASULULLAH! MAKA AKU SAMPAIKN APA YG AKU TAHU! DAN KERANA AKU SYGKN RASULULLAH AKU HARGAI SEGALA PENGORBANANNYA! LALU AKU IKOT JEJAKNYA UNTuK BERDAKWAH DAN MENERUSKAN PERJUANGANNYA, 

Ya Allah, semoga usaha ini Engkau berkati, dan lembutkanlah hati2 hambaMU yg benar2 ingin mengetahui ILMU, kerana aku tahu, tidak semua manusia menerima dakwah ini, amin ya rabb

hanya Allah yang tahu =(

MOGA ALLAH KASEH KPD KITA!

::TAK KESAHLAH, korang nk cakap apa, nak terima atau tidak, aku hanya mampu melaksanakan apa yang termampu, dan aku yakin ini adalah useha yg sgt, sgt, sgt sedikit berbanding useha RASULULLAH S.A.W, tapi tak pe, yang penting niat, Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Adil::

Sunday, April 15, 2012

kisah kejadian jibril, dan kasih sayang Allah terhadap manusia

tahukah anda, malaikat dicipta tanpa nafsu? malaikat dicipta hanya untuk melaksanakan tugas mereka, jadi demikianla manusia tidak lari dari berbuat dosa, (besar mahupun kecil)..

ketika Allah mencipta malaikat jibril, keadaannya begitu sempurna, rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menciptakan malaikat Jibrail dengan bentuk yang sangat elok. Jibrail mempunyai 124,000 sayap dan di antara sayap-sayap itu terdapat dua sayap yang berwarna hijau seperti sayap burung merak, sayap itu antara timur dan barat. Jika Jibrail menebarkan hanya satu daripada beberapa sayap yang dimilikinya, maka ia sudah cukup untuk menutup dunia ini”.

lihatlah, betapa besarnya Kuasa Allah s.w.t ..jadi, fabiai iiala hirobikuma tukazziban "nikmat manakah yang engkau dustakan? surah ar-rahman, 

apabila jibril melihat dirinya yang begitu sempurna, lalu jibril bertanya pada Allah s.w.t

"Ya rabb, adakah Engkau mencipta makhluk lain yg sempurna drpd aku?"

Allah menjawab: "tidak",

Setelah malaikat jibril mendengar Allah berkata begitu lalu jibril solat  sunat 2 rakaat, tapi solatnya begitu lame, pada setiap rakaat solat yang dikerjakan oleh malaikat Jibrail, dia menghabiskan masa selama 20,000 tahun lamanya, 

setelah malaikat jibril selesai solat, lalu Allah berfirman lg :

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah Aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh dan tidak ada seorang pun yang menyembahKu seperti ibadah yang kamu lakukan, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia, yang paling Aku cintai bernama Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa.
Seandainya mereka mengerjakan solat dua rakaat walau hanya sebentar dan dalam keadaan lupa serta serba kurang, dengan pikiran yang melayang-layang dan dosa mereka pun besar, maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu lebih Aku sukai daripada solatmu. Hal tersebut kerana mereka telah mengerjakan solat itu atas perintahKu sedangkan solat kamu bukan atas perintahKu”.
bila Allah berfirman begitu, malaikat jibril pon bertanya lg,

ya rabb, adakah Engkau akan memberi ganjaran kepada mereka?

maka Allah berfirman: "iya, Aku akan memberikan ganjaran syurga ma'waa, 
 
setelah mendengar, maka jibril pun melebarkan sayapnya terbang mencari syurga ma'waa, Satu hayunan sayap malaikat Jibrail adalah sama dengan jarak perjalanan selama 3000 tahun, namun malaikat jibril tidak berdaya lagi, jibril berteduh di bawah 1 pohon pokok dan bertanya kepada Allah, 

“Ya Rabbku, apakah aku telah menempuh setengah atau sepertiga atau seperempat dari perjalanan menuju ke syurga Ma’waa?”
Maka Allah pun berfirman,
“Wahai Jibrail, meskipun kamu mampu terbang selama 3000 tahun dan meskipun Aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa puluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan”.
 apakah moral value yang anda dapat dari cerita ini?, nak katanya disini, Allah itu ar-Rahman (pengasih,penyayang) ar-Rohhim (maha pengampun).

sebesarmana pun dosa kita, namun Allah tetap mengampuninya, asalkan kita bertaubat, memohon keampunan dariNYA dengan bersungguh2, 

lihatlah, Allah berfirman, walaupun kita melakukan solat itu di dalam keadaan yg leka, serba kurang, pikiran yg melayang2, tapi..demi KemuliaNYA DIA tetap menerima solat kita, jadi! NIKMAT MANAKAH YANG ENGKAU DUSTAKAN!

pls ummat rasullullah, kenanglah doa Nabi kt yg sayangggggggggggg sgt2 pd kita semua ummatnya, dia berdoa supaya Allah tidak memberikan balasan di dunia ni, walau byk skali pon dosa kita, tp sedikit pon di hati  kt tidak merasakn sedih akan pengorbnan Rasulullah, bangkitlah saudaraku! kembalilah kejalanNYA, moga Allah mengasihi kita semua, Allah huakbar!

please return to the right way guys, u must believe tht Allah is everything, without Allah we're nothing!

--> semoga apa yg direpekkan ini, dapat memberi ilmu kepada sesiapa sahaja yg membaca, 
wallualam 

Aku sampaikan kerana aku sygkn ummat rasulullah ! :'(

Friday, April 13, 2012

Hikmah dugaan

beberapa hari je lagi genapla zaman puluhan ain, zaman yg begitu mencabar, ketika zaman ini lah berbagai2 dugaan mahupun cabaran akan menyusul, namun siapalah kita untuk menolak semuanya, jika dugaan itu yang mampu mendidik diri ini, menjadi lebih sabar, lebih matang lebih berpengalaman, maka aku redha..

april.. oh april.. 

bulan April ni bulan menangis ain, hehe, knape? tak tahu, kadang2 tak de pape pon, tengah2 berdoa tibe2 meleleh air mata, tapi normal kn perempuan macam tu, tapi yang boleh ain simpulkan, ain sangat2 bersyukur sangat2 Allah beri selalu kesedihan ni, 

sebab apa? "ramai manusia yang mampu harungi ujian kesedihan, namun 1 dalam sejuta yang mampu harungi ujian dalam kesenangan".. kerana apa, apabila seorang manusia itu senang, kebiasaannya dia lupa diri, tidak bersyukur, malah bongkak, sombong, angkuh! (tapi tidak semua, segelintir shaja
 
lihatlah, betapa besarnya hikmah kesedihan tu, Allah s.w.t sangat penyayang, sangat prihatin pada hambanya, walaupun, kita ini adalah hamba yang hina kerana selalu melakukan kemungkaran, namun bagiNYA sentiasa menerima taubat hambaNYA..

wahai sahabat2, saudara2ku sekelian, bertaubatlah pada Allah, sesungguhnya azab Allah terlalu pedih, sampaikanlah ilmu kepada saudara2 kita, supaya di sana (jannah/syurga) kita peroleh kemengan bersama, 

tidaklah sempurna diri ini seperti khatijah r.a, Aisyah r.a mahupun serikandi2 zaman rasulullah, namun dengan sedikit ilmu yang di beri olehNYA ini, tidaklah aku mahu simpan sendiri, kerana dosa orang2 yang kedekut ilmu itu sangatlah besar! 

seorang pensyarah ain berkata, "kita hidup di dunia ini seperti berumah di atas jembatan, pada bila2 masa sahaja ombak mahupun tsunami menimpa kita" faham x apa yang pesyarah ain ni cuba nak sampaikan?

maksudnya, kita hidup di dunia ni, terlalu sebentar, dan pada bila2 masa sahaja kematian mahupun kiamat terjadi, tidakkah kamu semua takut akan azab Allah?

cop cop cop! ketika keluar amaran tsunami tempoh hari, ain tengok dekat home fb, ramai yang menyebut Allah, takut ye??.. tapi!! amaran KIAMAT YANG ALLAH TURUNKAN DALAM AL-QURAN YANG TIDAK PERNAH BERUBAH TU, ada korang kesah?..

sama2lah kita mengingati, maaflah jika saya merepek2, semoga dengan ape yang direpekkan ni, dapat memberi sedikit kesedaran (sedikit pon jadilah) pada kita semua, 

p/s: tulis blog jgn asik tulis pasal dunia sje, beri sedikit nasihat dlm entry kt, smoga org yg membaca terkesan, dn pahala d kongsi bersama, mana mahu? drpd tulis merepek2 g sane sini, mkn itu ini, dapat itu ini, rasa mcm rugi je, sama2lah beri peringatan, =)

Thursday, April 12, 2012

bahagiakah kita?

bahagiakah kita?
walau mempunyai boyfrenz/girlfrenz tapi dosa kita kian bertambah?

bahagiakah kita?
walau punyai wajah yang cantik, tapi tidak dihiasi dengan akhlak yang mulia?

bahagiakah kita?
andai mempunyai hidup yang sempurna, tapi tidak sedikit pon kita bersyukur.

bahgiakah kita?
punya istri/suami namun tidak membawa kita kearah yang lebih bek?

bahagiakah kita?
punya anak yang cantik lagi cerdik, namun hatinya kosong dgn ilmu Allah, auratnya tidak ditutup malah akhlaknya yang runtuh.

bahagiakah kita?
punya wang yang banyak, namun tidak sedikit pun sedekah pada yang memerlukan.

bahagiakah kita?
punya ilmu yang banyak, namun tidak sedikit pun kita sampaikan pada masyarakat.

bahagiakah kita?
punya wang yang banyak, punya rupa yang cantik/tampan, punya anak yg cerdik, punya istri yang cantik/suami segak, punya teman yang ramai, punya ilmu yang banyak........................tapi!!

"ALLAH TIDAK HADIR DALAM HATI KITA, ALLAH TIDAK MEMANDANG KITA DI AKHIRAT KELAK, ALLAH MURKA PADA KITA, ALLAH LAKNAT HIDUP KITA, ALLAH TAK REDHA HUBUNGAN SUAMI ISTRI KITA, MALAH....SEDIKIT PUN ALLAH TIDAK BERPALING PADA KITA"

tepuk dada tanyalah IMAN, sejauh mana kita ingin bawa semua yang kita punya? kelak kita tetap akan kembali kepadaNYA dalam keadaan yang tiada apa2, namun!!! Berbahagialah bagi orang2 yang bertaqwa kepadaNYA,

Ya Rabb..jika aku beribadat kerana ingin ke syurgaMU, maka KAU haramkanlah kakiku memijak syurgaMU, dan jika aku beribadat kerana takutkan nerakaMU, maka KAU campakkanlah aku kedalamnya, NAMUN YA RABB, jika aku beribadat kerana ingin mencari redhaMU, maka KAU kau berhitungan dengan sebaik2nya. Amin. 

hati yang sayu...

Tuesday, April 10, 2012

love letter for my future husband

Dear loving Future Hubby,

Assalammualaikum....

I have taken your hand hoping that you will treat me like a princess. My heart is soft, so don’t break it with harsh words.

As you know women are made of irregular rib, I might not be perfect.
Don’t let me as I’m because I might become a loser. And also don’t try to make me
erect at once because I might break. Try to handle me smoothly InsyaAllah I’ll be ok.

As you are my better half, always try to be better InsyaAllah, that will give me the impression that you are the best husband in the world. Don’t blame me for my small mistakes. Forget them and forgive me. If you see any mistakes in me, please don’t point out them in front others. Make me recognize them with kind words.

Don’t describe about other ladies with me, because that might make me envy :'( . Compliment me if I do anything that pleases you. If I want to talk to you please listen them carefully. That will give me an impression that you are there to care for me.

Sometimes I might lost my patience and I might turn wild, at that times kindly make me to recognize that I was wrong. If I demand you for little things, try to fulfill them if you can. If you can’t, explain me kindly. InsyaAllah I will understand.

Understand me when no one does. That will give me hope in life. At least spend some hours to know how I feel.
In short be a mother when I’m sick.
Be father when I’m in need.
Be a brother when I want to share.
Be a best friend when I want to talk.

Hold my hands and take me in the path of Jannah!(syurga)  InsyaAllah!

Let’s live as an exemplary couple, as another Muhammad s.a.w and Kadhijah .
And let us live as husband and wife even in Jannathul Firdousi insyaAllah.

 pinjam purdah kawan hehe.. (tak di benarkan gelak) wajib doakan saya begini suatu hari, insyaAllah :)

p/s---> abaikan grammer yg tunggang langgang, bantuan google translet sikit2 :D

mawardah warahmah

Assalammualaikum,

tahu ke tidak maksud mawardah warahmah tu ape? tak tahu?.. x per ain bg thu, maksudnya berkasih sayang...

eh asal tajuk nak sayang bagai plak ni?.. hehe sayang tidak semestinya pd pasangan, tapi kita memang di suruh berkasih sayang diantara saudara2 kita,

siapa saudara kita?

saudara kita tidak semstinya sepupu, mak cik, pok cik, dan beberapa pupu tu lah, tapi.......semua orang islam itu adalah saudara. kata nabi muhammad s.a.w, "semua orang islam itu bersaudara".

jadi, nak katanya kat sini, sifat mawardah warahmah itu berkasih sayang dengan ikhlas, tidak kira rupa, keturunan, pangkat, dan ape saje, ikhlaskan diri kita menyayngi saudara kita, maka Allah juga Kasih kepada kita,

ain ade orang yang ain syg, kenape ain syg die? kerana hatinya yg mulia, kerana ape ain mengangap dia sebagai teman? kerana dia trima diri ain seadanya, dan sahabat yang baik itu sentiasa menyenangi sahabatnya, nak tahu siapa dia?

tara..............

terima kasih kerana sudi menjadi teman dikala suka dan duka, moga Allah redha dan berkati persahabatan ini

ape? nak tanye nama? namanya... hello kitty yang comell.... "ish betul2lah,

ok2 nama die, Ida, nama pendek je dah cukup ok, selanjutnya cerita next entry.... :)

wsalam....

Sunday, April 8, 2012

cemburu seorang bidadari syurga pada wanita dunia =)

Mengapa bidadari syurga pun cemburu padamu.. ?
Apakah kerana kecantikanmu.. ?

Bicara kecantikan, sepertt di gambarkan dalam kitab suci-Nya Al-Qur'an,
tidak ada apa - apanya wanita dunia bila di bandingkan dengan kecantikan bidadari syurga.
Wanita dunia yang paling cantik bahkan meraih gelar ''miss universe'' pun kalah cantik dengan bidadari syurga. ^_^

Hal pertama,
wanita dunia akan semakin tua, dan sudah pasti kulitnya akan berkerut. Sedangkan bidadari syurga tidak mengenal tua,
mereka akan muda terus dan perawan selamanya. ^_^

Tapi mengapa Allah meninggikan dan memuliakanmu hingga bidadari syurga cemburu padamu.. ?

sebabnya adalah,
Kerana Keimananmu ukthi,
Keimanan yang kau tutupi dengan hijabmu,
karena Taqwamu kpd-Nya,
keimanan yang menjadikan akhlaqmu terjaga baik,
sesuai dengan tuntunan dan tuntutan Islam,
menjadikanmu mulia,
berharga dan indah. ^_^

Padahal kehidupan dunia dimana dirimu berada,
sangat sarat dengan goda dan coba.
Namun kau tetap tegar melangkah,
menjalani semua apa yang menjadi fitrah-Nya atasmu,
menjalani semua lakonmu sesuai dengan perintah dan petunjuk Rasul-Nya. Dirimupun di dambakan hadirnya, oleh setiap insan - insan soleh. ^_^
"maka berbahagialah kamu wahai kaum hawa, kerana cintaNYA, nilai & darjat wanita dunia diangkat, bertaqwalah kamu pada Tuhan mu yang ESA, DIA maha pengasih dan maha penyayang"

Saturday, April 7, 2012

terima kasih hecker! ^_^

Assalammualaikum..

aishh ape pon x bleh, sampai nak patah pinggang betulkan blek blog nih, akhirnya hasilnye memuaskan,
tak pe la simple2 pon, janji kemas,

blog yg berwajah lame tuh, telah di tunggang langgangkn oleh hecker yang tidak berperikemanusiaan ! hah amik kau. tu je title sesuai tuk hang okeh?

begini;ah wajah baru itu, biase2 je tak cantik mne pon -.-

meh la tunggang langgangkn lg, sekali lg hang buat, cek x teragak2 nk buat solat hajat, semoga pintu hati hang terbukak nk bertaubat ok?? 

just nk say, thank you very much ye hacker, sebab anda telah mengajar saya erti kesabaran, 
macehhhhhh.........

senyum jela  ( ^_^ )

dun trust anyone!!

Assalammualaikum,

rambut sama hitam, hati lain2, mcm tulah ibaratnya manusia,

hari ni tak sangka sangat Allah tu nk tunjukkn pd ain, beginilah ragam dunia, beginilah ragam manusia, yang dilihat pada luaranya tidak mencerminkan dalamnya,

pengajaran pd ain hari ni, "JGN PERNAH PERCAYA PD MANUSIA AKHIR ZAMAN NI" sedikit pun jangan, ain pesan sangat pada semua, wahai saudara seislamku, jika engkau mempunyai masalah ceritakanlah pd Allah,

"manusia is nothing!, but Allah is everything" peganglah kuat2 kata2 ni, anda semua x kan dapat apa dr manusia jika anda menceritakan pd mereka apa pun masalah anda, jika anda semua dapat sahabat yg baik, yg menjaga rahsia anda, yg menjaga maruah anda,itu x pe, tp mesti kne ingt, SEBELUM TERKENE, LBH BAIK BERJAGA2,

anda adalah seorang yg bijak jika anda pendam masalah anda dan ceritakan pd Allah ketika berdoa padaNYA, 1 dalam sejuta, untuk kita memiliki sahabat yang benar2 ikhlas berkawan dgn kita yg benar2 menjaga aib kita, yg benar2 menjaga persahabat ini, ni la akhir zaman, fitnah berleluasa, aib tidak dijaga, kejam sesama manusia, ni lah yang berlaku depan mata kita sekarang, hanya kita yang buta!

sekadar luahan, "ingatlah, kita seorang manusia, kita bukan di takdirkan lahir ke dunia ini menjadi seorang nabi, yang sempurna sifatnya, tapi kita manusia, kita tidak akan lari dr sekecil zarah dosa pun, ikhlaskan hati berkasih kerana Allah, sy sedar sy bukan sahabat yg sempurna, siapa pun mereka di masa lalu, belum tentu keadaannya kekal begitu, jika dia telah bertaubat, berubah kearah kebaikkn, jgn kita keji dia, bg dia semgat, jg aibnya, jgn bukak aibnya yg dahulu,

sebab kita perlu tahu, bumi ni bulat bentuknya, begitu jgk keadaan kita, kitaran hidup kita, hari ni kita berada di atas, belum tentu esok lusa anda akan berada di atas,

ya Allah, bagiku, hanya Engkau yang berhak menerima cintaku, kerana CintaMu pada hambaMu tidak pernah Engkau lupa, Engkau yang Maha Mulia, Ampuni aku ya Tuhan.. Dekatkn hati2 aku bersama orang2 yang ikhlas, orang2 yang sentiasa mengajak daku melakukan kebaikkn, jadikn hati2 ni hati2 yang sentiasa bertaubat pdMU, hati2 yang sentiasa kasih mengasihi keranaMu,

Aku penat ya Allah...terlalu penat, walau hati terlalu kecewa, namun aku tetap ukirkan senyum untk orang2 sekeliling aku, Aku hanya berharap .. kesudahan yang baik dalam jalan takdir hidupku, amin,

Thursday, April 5, 2012

tenangkan hati ketika resah

Assalammualaikum..

‎jika seseorang dtg menghadiahkanmu AIRMATA..ALLAH sedang menDIDIKmu sifat SABAR..kita BUKAN malaikat untuk terus PASRAH tanpa terusik oleh CALAR & CAKAR iman...TOLAKLAH keJAHATan dgn sebuah keBAIKan.. nescaya engkau akan dapati MUSUHmu akan menjadi seorang saudaramu

dulu ade sorang cikgu ain ni cakap, setiap kali kamu semua bangun tidur, anda semua mesti mulakan dengan senyum, dan mesti mulakan semngat yang baru, jadi diri yang baru!. kenapa cikgu cakap cm tu ek?? dulu masa kecik2 x tahu nak pikir2 sangat, bile dah besar baru tahu,

sebenarnya bila kita bangun tidur dengan perasaan yang happy, so sepanjang hari t kita kan rasa happy dan positif je, tapi kalau kita mulakan hari kita dengan marah2, bengis2, x de mood, um memang 1 hari tu, anda semua akn rasa x ade mood, life hari tu mesti rasa kelam kabut, x caya?? cer try buat sehari, rasakan kesannya, heeee... :D

senyumlah walau pahit yang kau telan :)
haha baby ni malu nak tunjuk die x de gg, hhehe smileeeee

dalam dunia ni tak ada sape yang tak ada masalah, semua orang ada masalah, tapi macam mana nak hendle bende tu semua, bergantung pada kekuatan diri kita nak face ke tidak, tapi perlu ingat, lari dari masalah bukan jalan penyelesaian yang baik, sebab sejauh mana pun kita lari, tapi jika hati tidak tenang, masalah tu tetap akan kita rasa, walaupun orng atau perkara tu dah jauh dari kita,

jadi, cara yang paling baik bila kita hadapi masalah adalah:

1. banyakkan selawat, bila kita banyak berselawat, maka Allah juga akan berselawat kepada kita, maka bila Allah berselawat pada kita jadinya kita akan berasa Allah dekat ngn kita.

2. banyakkan membaca al-quran, diantara surah2 yang baik untuk melapangkan dada adalah surah al-insyrah, kalau tak tahu surah yang mane, surah yang mulanya berbunyi begini, bismillahhirrohmannirrohim, "Alam nashroh la kasodroh"

3. banyakkan zikir, sebutlah nama Allah seberapa banyak yang mampu, sebab ketika kita menyebut namanya(Asma al-husna) maka Allah akan hadir dalam hati2 kita dan dapat membuatkan kita tenang, dan banyakkn istifar, astaufirullahAlazim...

4. jika kita rasa resah sangat dengan masalah tu, cuba buzykan diri semampu yang boleh, pergi bersukan, atau buat aktiviti yang anda suke, jangan dok pikir2 sangat lah, aspeceli adik2 yang "Putus cinta", acehceh cakap orang je pandai kan? hehee...

5. jauhi Dendam! kalau anda rasa dendam ngn orang yang bagi maslah kat anda, cayalah lg makin sakit ada lah hati tu, so..lupakan je, buang jauh2 dr fikiran, buat full memory otak jekan, so ignore kn jela ea, doa yang baik2 je untuk orang tu ye :)

Ain tak tahu la nape ain tulis perkara ni, kadang tibe2 je ade peri2 pusing2 atas kepala ni berkata "Ain2..cer ko tulis tentang masalah dan cara nak selesaikan, sb dunia sekarang ni masalah! -.- erkk apakah yg sedang d repekkn ini, haha.. pape pon, jgn pernah kenal erti mengalah, dunia ni adalah tempat untuk engkau mencari keberkatan di sana.

tak kira apa yang jadi pon, hidup mesti diteruskan!

Wednesday, April 4, 2012

jauhi sifat sombong

Assalammualaikum, sesiapa yang ada perasaan sombong dalam diri cepat2 buang ye, elak2kan, bile kita sombong, bila kita rasa ada riak cepat la istifar, astaufirullahalazim,

kadang diri kita mungkin tidak sesempurna yang orang harapkan, tapi dengan teguran orang tu amiklah positif berubah ke arah kebaikkan, percayalah, diri kita hanya orang lain yang dapat tafsir, jadi jaga2 dalam berkawan, berbicara dan tingkah laku kita, bukan semua orang kita dapat senangkan hati mereka kn?

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan. ” (riwayat muslim)

terang lagi bersuluhkn? hadis tu da menerangkan dengan lebih jelas, mahukah anda lagi menyombong2 diantara ummah yang lain?

Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa merasa dirinya besar, atau angkuh dalam berjalan, dia akan berjumpa dengan Allah dalam keadaan Allah murka kepadanya.” -(Hadis riwayat Muslim)

sekaya mana pon kita, sepandai mana pon kita, sekuat mana pon kita, secantik mana pon kita, ingatlah, kita maasih lagi hamba Allah s.w.t

ain pon kadang akui, ade juga sifat macam tu lebih2 pada orang yang kita tak kenal kn? malu nak tegur, tapi orang kata kita sombong, tak ye, salah tu, ain sama sekali tidak sombong, ain orang yang sangat peramah aceceh "masuk lif tekan sediri pulak hehehe, tak pela yang pentingnya ain x cam gitu ye,

pape pon harap tulisan yang merepek2 ni dapat memberi input yang berkesan pada anda yang membaca, selamar berubah kearah kebaikkan :)