Assalammualaikum
dan salam satu bangla! haha. almaklumlah bangla masuk malaysia 40 ribu orang naik "MAS airline" lepas mengundi, jadi apa salahnya kita ucap salam satu bangla, kan kan kan? oh maaf terlari tajuk sedikit, hari ini 6 mei 2013. sehari telah berlalu hari bersejarah untuk rakyat malaysia. sapa tak tahu 5 mei 2013 adalah hari mengundi? mintak masok sekolah balik. kalau bagus sangat tak nak amik tau pasal politik, nanti dah beranak pinak jangan merungut itu naik, ini mahal, itu beban. kan? kerana hari ini kita muda masih belum punya apa-apa tanggungjawab yang berat seperti menanggung kos pembelajaran anak, makan dan pakai. bayar kereta nak beli rumah bagai, senang cerita yang pakai duit la. BOLEH LER WAT TAK PANDANG.
haish, dulikanlah. di sini, aku rasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat malaysia seluas luasnya. sebab kadang kadang ade separuh orang ni sombong bodoh. tahu dah kebenarannya. tapi saje wat pekak telinga buta mata. sedangkan tidak tahu, politik itu adalah sebahagian daripada cara hidup islam, adalah tanggungjawab setiap individu untuk memilih pemimpin yang warak dan adil dalam urusan mentadbir negara. bila katanya TANGGUNGJAWAB, maka hukumnya wajib! ngerti? setiap tanggungjawab akan di persoal di akhirat kelak!
"Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya. (Shahih Muslim No.3408)"
sebelum aku cerita panjang lebar, mari kita kenali parti parti politik di malaysia. di dalam politik malaysia, negara kita mengamalkan sistem demokrasi. "ni sume org tahu". dimana kita mempunyai parlimen untuk parti parti politik membahaskan dan mengutarakan segala cadangan dan ketidak puas hatian. dalam parlimen kita punya dua pihak, satu pembangkang satu lagi yang mentadbir.
pihak yang mentadbir. dikenali sebagai Barisan nasional (BN). dalam BN ni ade lagi beberapa buah parti yang bergabung, kita amik yang penting jela ea, MIC (malaysian indian congras) , MCA (malaysian chinese congras) dan (UMNO) united malay national organisation. ketiga tiga parti ini bergabung dan menubuhkan satu gerakan yang di panggil. BARISAN NASIONAL (BN)
bendera BN. yang dalamnya ada gabungan 3 parti. MIC, MCA & UMNO
manakala untuk pembangkang pula, terdapat tiga parti juga seperti BN, yang digelar PAKATAN RAKYAT. dalam pakatan rakyat, ade parti PAS (pan-malaysian islamic), DAP (democratic action parti) dan last parti PKR (parti keadilan rakyat). ketiga tiga parti ini bergabung dan telah menamakan gabungan tersebut sebagai PAKATAN RAKYAT. namun! pakatan rakyat tidak mempunyai satu bendera khas seperti BN, maka dengan itu, rakyat malaysia tidak berapa nampak bahawasanya mereka ini bergabung.
bendera hijau lambang bulan tu PAS, lambang roket DAP, hujung sekali PKR
Sepertimana yang kita ketahui, keputusan umum telah diumamkan semalam, kemenangan berpihak pada BN. dan mereka telah mentadbir negara selama 55 tahun. sekali pon tak pernah menang oleh pembangkang. fakta. PRU13 ini telah mencatatkan sejarah, sebanyak 80% rakyat malaysia keluar mengundi, berbanding PRU yang lepas lepas. jadi disini kita dah nampak akan kesedaran bagi rakyat untuk melakukan sesuatu perubahan yang baru!
malangnya, tahun ini pembangkang (PR) kalah jua, namun kemenangan barisan nasional telah dipersoal banyak pihak, bila mana timbulnya ketidakadilan dalam pilihan raya yang ke 13. peti peti undi di curi, peti peti undi di sorokkan, bagi ic pada pendatang asing seramai 40 ribu untuk mengundi, dan akhir sekali paling banggang abadi, tibe tibe belakunya black magic. taraaaa!! black out pulak 3 4 buah pusat pengiraan undi. tempat yang black out tu, adalah tempat PR. pembangkang dah menang mulanya, lepas tu, pappp!! blak out, kira balik BN plak menang, hahhaha kebodohan apakah ini?
hah! amik
halawehh...memang magic wonderland lah. tibe tibe pulak black out. nenek hang! namun kami rakyat malaysia bukan duduk kat dalam hutan oi, tak der tenet, tak de enpon bagai, sekarang canggih dah. maklumat di hujung jari cek ha. tekan aje, tutt tett tutt tett maka keluarlah beritanya. aku dan rasanya ramai rakyat melaysia lebih mempercayai sumber di internet contohnya youtube, berbanding TV3 yg kaki ampu!!
ni ape ni? ape ni ?
bab bab yang tidak adil ni aku malas nak cerita panjang argh ni pon dah terlebih panjang aku crite, nak tahu lebih lanjut, bukaklah youtube, terang terang orang rakam. tv3 je yang tunjuk BN baik, yang jahat sume pembangkang, hina ulamak bagai. baca berita pot pet pot pet tudung tak nak pakai, ade hati tu hina ulamak. haiyaa tak tahu ke, ulamak tu adalah pewaris nabi. walaupun kami kalah. tapi kami bangga pemimpin kami adil! tiada rasuah! bersih! kami kalah dengan maruah, tidak main kotor! kami redha! hah. itulah kecintaan kami pada pemimpin kami.
mai sini aku nak habak sikit! "kalah kita bermaruah. kita jujur pd diri sendiri. tiada tipu helah kotor. kita tidak kalah cume Allah masih menagguhkan kemengan kita! ingatlah. yang hak tetp hak. yang batil tetp akn tumbang! kami tak dapat tuntut di dunia. ingt. kami akan tuntut di akhirat. Allah maha mengetahui. DIA tidak pernah tidur wlau sesaat!"
dan ingatlah, Allah sentiasa mendengar dan tidak akan sia siakan doa orang orang yang dianiaya dizalimi!
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)
"coretan ini bukan luahan hati semata mata, kami di pihak pembangkang sangat sedih dan berduka cita kerana niat suci kami ingin menegakkan islam namun di kotori oleh manusia sebangsa dan seagama kami! dimana hati anda? tidakkah anda mahukan negara yang adil tiada rasuah dan tidak membebankan rakyat? pembangkang cuba untuk membela nasib rakyat, dengan manifestonya, antaranya adalah pendidikan diberi percuma, tol di hapuskan, harga kereta di turunkan.
tapi masih ada antara manusia yang terima dengan redhanya duit duit mereka di guna sebegitu sahaja, beli cincin belian oi! then bodoh sombong pula jika diberi pendidikan percuma nanti rakyat tak mau beljar sungguh sungguh, hoi! mai pikiak cerdik sikit, apa ingat senang dia dah bagi percuma tak kan tiada syarat, semestinya dikenakan syarat yang ketat, sekarang ni kita dungu tak mau pikir politik, yela kita student lagi, blaja pon tak abis lagi kn, baru je tengah praktikel pulak. lol! esok nak kawen, time tu laki hang nak beli rumah, nak beli kreta, malah nak kawen pon kene wat pinjaman. maka kelilinglah hutang piutang anda. suka? suka? cukai itu ini naik, harga kreta naik, tol naik, ptptn bg bunga ros cantik2, suka? di takdirkan pulaknya esok kita mati. ha sapa lah nak bayar hutang2 tu sume ye dok? mati pulak tak aman, tergantong roh kiteeeee...siapa pilih? kita juga. makanya bergembiralah dengan pilihan hati. ok? best tak? makan dalam tak? ke nak lagi? tak payah la.
ada baiknya bukaklah mata sama sama dan buatlah kajian sedikit supaya kita tidak terus terus ditipu dan di pergunakan. oh ya. lepas ni BRIM akan naik seribu ringgit katanya. apa lagi pakat ramai ramailah behenti kerja. seribu ringgit boleh sara diri seumur hidup. nenek mung! bagi 500 dah lupa untuk jangkamasa panjang. jang! 500 yang hang dapek tu, duit kito jgk, memang layak pon krajaan bagi, sobab ea apo? duit duit yang kito bayar cukai sano sini tu lah. paham ko tidak??! dah la kang cakap lelebih orang kata kita tak bersyukur kat krajaan, apak hang. bersyukur kita sebagai seorang manusia hanya layak pada pencipta kita ALLAH YANG MAHA ESA! bkn kt BN, oi!!!
bangkit! kita bangkit, PRU 14 nt kita gegar! jangan bagi peluang!!!!
/"ish panjang lebar lagi aku nak cerita nih, tapi kang kok jenoh orang nak baca."\ MENANG KITA BERMARUAH!!
SEKIAN..