"kebahagian itu satu kesyukuran, bila kaya jadi insan pemurah, bila berkuasa amanah, bila berjaya tidak alpa, bila sihat tidak lupakan Tuhan, hakikat bahagia itu satu ketenangan, dan hanya mengingati Tuhan hati akan tenang" -hakikat kebahagian UNIC-
bahagia ke kita hari? hanya kita dan Allah saja yang tahu.. kebahagian seseorang individu itu terletak di tangannya sendiri, di kanan pilihan bahagia, di kiri pilihan derita, jika kita pilih untuk bahagia maka kita akan bahagia, jika kita pilih untuk derita maka kita akan derita, bijaklah dalam mengurus hidup masing-masing.
takpelah jika hari ini kita tidak bahagia, jangan bersangka buruk pada sang khalid pula, terkadang kebahagian itu juga merupakan satu ujian terbesar salam hidup seseorang, tidak ramai manusia yang mampu bersyukur apabila sudah bahagia, tetapi berapa ramai yang berubah dan bersyukur apabila dia sering pula diuji dengan airmata.. bersangka baiklah pada sang khalid, setiap derita dan dugaan yang datang tidak lain tidak bukan untuk mendidik diri menjadi lebih matang dan sabar. kene ingat selalu ni, Allah sayangkan orang2 yang sabar, dan orang yang paling kuat diantara kamu adalah orang yang sabar. bukan orang yg kuat bagi penumbuk kat orang.
sekadar ingin berkongsi, apa kaitan bahagia tak bahgia dengan entry ni? bukan nak tunjuk aku bahagia, tapi nak kongsi sedikit, kebahagian itu mulanya dengan derita. setiap manusia di muka bumi ini, tak de seorang pon yang terlepas dengan ujian, setiap orang ada ujian masing-masing. samalah dengan diri ini, di uji dengan pelbagai masalah, antaranya, keluarga, cinta, kewangan dan kawan-kawan. ada ujian yang sangat berat, dan ade ujian yang biase2.
tanpa kita sedar, disaat airmata mengalir dengan lemah menghadapi ujian tersebut, ketika itu Allah dekat menghampiri kita, DIA sang pencipta yang Penyayang lagi maha pengasih. di berinya ujian itu sebab DIA rindu nak dengar kita merintih-rintih pada DIA, memang dah lumrah manusia sering lupa diri. -.-'' bermula dengan kelahiran seorang bayi comel yang tidak mengerti apa-apa. hidupnya lahir kedunia ini hanya mengharapkan ehsan dan belas kasihan daripada kaum keluarga dan masyarakat. hidup yang dilaluinya sangat rumit, hampir setiap hari airmata tidak pernah berhenti mengalir. harapan di dalam hati sentiasa ada, berharap esok masih ada secebis kebahagian untuk dia.
untuk manusia, Allah tidak akan memberikan kisah yang sia-sia. setiap hari yakin dalam hati, tidak selamanya Allah itu membiarkan aku derita, suatu hari nanti aku pasti bahagia. yes! i get it.. dan syukur alhamdulillah. Allah maha adil. semakin membesar semakin matang dalam menghadapi hidup, dan setiap yang di lalui itu membuatkan diri ini menjadi seorang yang lebih berdikari. 20 tahun, satu jangkamasa yang lama tolak waktu tak mengerti apa-apa dalam 8 tahun, total 12 tahun menghadapi dugaan dengan sendiri. akhirnya Allah hantar kebahagian itu melalui seseorang, kini dia telah menjadi yang halal terhadap diri ini,,
segalanya berubah, setiap titis airmata dahulunya di ganti dengan senyum tawa yang bahagia, suami yang penyayang, anugerah terindah dari yang maha ESA. tiada ucapan yang lebih berharga selain syukur, sekarang sudah hampir tiga bulan berkahwin, dan alhamdulilah kebahagian itu lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang kini baru 8 minggu dalam kandungan bersamaan 2 bulan. awal kan? rezeki dari Allah DIA nk bagi awal, saya terima dengan redha dn syukur. mungkin DIA lebih tahu, saya dah bersedia untuk menjadi seorang ibu yang penyayang.
moral of story : "bersangka baiklah pada Allah dengan setiap ujian yang kita lalui, tiada kisah yang sia-sia untuk mendidik hambanya menjadi lebih matang dan penyabar. hidup kita, diri kita lah yang ubah, nak bahagia didiklah bahagia, nak derita pilihlah jalan derita, samalah dengan cara kita memilih pasangan kita, adakah sekadar rupa? atau pangkat kekayaannya? atau hati nuraninya yang indah untuk dijadikan suami dan ayah kepada anak kita? semuanya pada tangan kita. semoga kita semua bahagia di dunia dan di akhirat"
-"hati-hati yang tenang hanya hati-hati yang mengingati TUHAN"-
No comments:
Post a Comment