Assalammualaikum.
sebagai ummat nabi muhammad s.a.w seharusnya kita perlu menjadikan beliau idola, sumber inspirasi dan contoh terbaik dalam hidup kita, setiap perkara yang di lakukan oleh nabi kita tersembunyi hikmah yang indah dan mendatangkan kebaikkan kepada kita juga, tapi amat menyedihkan bilamana manusia kita menjadikan manusia yang jahil sebagai idola. kalau kita kaji sebenar benar hidup rasulullah kita akan berasa sangat teruja dan berbangga kerana menjadi ummat nabi muhammad.
banyak sunnah yang kita perlu praktikkan dalam kehidupan seharian kita, tapi entry kali ini aku just nak kongsi "cara makan ikut rasulullah kita". Rasulullah pernah memberi amaran, "perut adalah punca penyakit" . bermakna itu satu amaran yang sangat keras. berapa ramai dari kita sekarang ini yang tidak menjaga permakanan serta cara kita makan. ye aku juga akui, aku juga termasuk dalam kalangan yang tidak mengikut sunnah ketika makan. tanpa kita sedar kita semua pernah buat. so mari kita cek apa yang kita terbuat dan tak buat.
1. Rasulullah makan dengan tiga jari.
Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan
menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)"
(Hadith Riwayat Muslim)
siapa yang selalu buat macam ni? aku ade perasan sorang kawan aku, dia makan guna tiga jari dan aku sangat respek pd beliau, aku ade jugak cuba tapi seriusly ade rase tak puas ketika makan. ha... di situ nampak hikmahnya, Rasul kita makan guna 3 jari, so kt di situ menunjukkan yang beliau tidak gelojoh. dan makan dengan perlahan lahan. berbeza dengan kita yang lahap lagi kebulokk sentiasa, sudahlah makan guna 5 jari, makan laju laju plak tu. ( cakap kat diri sendiri )
2. Rasulullah mengunyah makanan sebanyak 40 kali.
sebenarnya aku tak jumpa pon hadis yang mengatakan rasulullah mengunyah 40 kali, tapi rasul kita mengunyah banyak kali sehingga makan itu betul betul hancur dan lumat. apa hikmahnya kat sini? hikmahnya adalah supaya makanan tu mudah di hadam. kita kunyah banyak kali tak?? konform tak 3 kali kunyah terus telan, pastu cer try muntahkan balik konform nasi yang keluar tu sebiji sebiji macam nasi baru masak. manalah tak penyakit. adeh -.-'' ain oh ain.
3. Rasulullah makan dengan tangan kanan
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau
makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum
dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)
yang ni aku pasti semua makan dengan tangan kanan kan?? hikmahnya adalah membezakan kita manusi dengan syaitonnnn nirajim !
4. Rasulullah mulakan makan dengan Bismillah
Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang
daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ).
Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka
sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang
memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi.)
syaitan bertanya pada Allah, apakah makanan untuk mereka. Allah menjawab, "makanan yang di makan tidak di sebut namaKU ( Bismillah )
5. Makan makanan yang berhampiran
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah
Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan
(ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak,
ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa
yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
ha yang ni pon, kita kita dan kita ni termasoklah aku selalu buat, makanan yang paling sedap ade kat hujung, yang tu kita capai dulu, nampak tak gelojohnya di situ? ( kau lah ain yang selalu buat haha )
6. menjilat jari selepas makan
Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati
jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua
tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu."
(Riwayat Muslim)
yang ni, ade jugak orang kolot yang mengangap menjilat jari nampak macam kebulok dan pengotok, biaselah orang kurang ilmu akan cakap macam ni, tapi hikmah dan barakahnya dia tidak tahu. satu lagi bila orang yang memasak tu tengok kita jilat jari, konfom dalam hati berbunga riang, pastinya dia merasa makanannya sedap walaupun tak sedap. haha. (akulah tuh) jadi sebaik baik contoh dan teladan itu dari Rasulullah :)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w
mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika
Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)
hikmah dari hadis ni adalah bagaimana pulak cara kita bersyukur apabila mempunyai makanan dan adap kita melayani orang yang dah penat penat masakkan untuk kita. cube bayangkan mak kita penat penat balik dari kerja kita konplen, mak! tak sedap lah lauk nih, ish ai.. mesti kecik hati mak kita kan, berdosa dah tu. ( yang ni aku selalu kene marah ngan husband aku, sebab aku ni antara yang memilih dalam makan. ) heuw heuw
Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada
keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan
cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta
bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah
cuka." (Riwayat Muslim)
hadis yang ni pulak, bukan rasulullah nak kata cuka tu makanan yang baik sangat sebenarnya rasulullah hanya nak menyedapkan hati wanita itu kerana tidak mempunyai makanan lain. lalu beliau memuji dengan cara begitu. waaa ternganga jab.
8. baca doa selepas makan
selepas kita kenyang dengan nikmat Allah maka kita perlu memujiNYA juga. untuk sesiapa yang tak tahu doa makan sila silalah bertanya pada ustaz or ustazah atau kerja mudah google jela. yang ni dulu masa kat asrama selalu buat, sebab ape, sebab itu amalan seharian kita kan, bila kawan kawan buat kita pon akan buat, now days bende tuh dah hilang. haaa ape dah jadi ngan kau ni ain !!!
mari kita praktikkan sunnah dalam kehidupan seharian kita, says I LOVE SUNNAH !
jadi, mari kita semua ubah cara makan kita yang mana tak ikut sunnah tu mari kita ikut sunnah. alah mule mule memang la tak biase lame lame nanti biase lah kan, and tak rug pon kita ikot bende baik dalam hidup ni dapat pahala pulak tuh. almaklumlah kita kita ni yang hari bergelumang dengan dosa ni. harap harap entry ni bermanfaat untuk semua dan diri ini juga.