haa entry ini dituju khas untuk wanita-wanita yang buncit, opss erti kata len mengandung. haha buncit dengan halal perlu bangga yo! semperna yang menulis ni pon mak buyung yg comel, hewhewhew jgnlah muntah. haha.
setiap kali ade perempuan mengandung, istilah mengidam tak dapat di pisahkan. bagai mulut dengan lidah dan gigi. cer pisahkan konfom huduh. ngehngeh.. sebenarnya MENGIDAM KE MENGADA? dua perkataan yang berbeza dan tak sama haha. memanglah kn. okey okey jgn mara. kita proceed.
arghh bahagianyerrr..
MENGIDAM
sebenarnya ape? berase nak makan sangat sangat ke, terbayang-bayang ke atau memang betul mengidam. entahlah sebenarnya aku pon tak tahu ape tuh mengidam. sebot pasal mengidam ni, awal awal lagi mak aku dah bagi warning. "adik, jangan susahkan suami nak makan itu nak makan ni, makan je ape yang ada, bersyukur masih di beri makan, jangan ade istilah mengidam lelebih, nanti kamu susahkan suami nanti susah nak beranak" kluppp telan air liur my mon sound bergitu.
ya. betul juga katanya. jangan susahkan suami, dia penat-penat balik kerja then kita pi mintak nak makan kijang. laki kau kerja hospital tetibe mintak kijang. tak pasal pasal dapat terajang. eh guraw. suami skarang baik baik belaka mane ade mahu buat begitu, ye dok?
kita duduk di tengah-tengah bandar, tengah malam buta mintak ikan terubok kat suami. nak ikan terubok ikan terubuk, dah mane lubok nak di cekau kn. tak pasal pasal dapat penumbok . haha eh sekali lagi kita bergurau. gelak la gelak lagi kekgi jangan buat mne tahu tetibe betul pulak dapat penumbok hahaha. mengidap, bukan mengidam dah.
kan aku dah kata. tak semua lelaki boleh sabar.
laki kita sedap sedap bagi makan ni siap beli "keyepchi" lagi kita mintak plak sup selipar. haa ni jenis mengidam dah melampau lapau nih. kejab lagi makan penampar tak payah nak selipar selipar dah, sedap tak? haha. jangan la jangan la mintak bende pelik pelik, kene faham la lelaki ni sabar macam mana pon kalau sampai satu tahap dia rase meluat penampa sume dapat. jadi isteri yang baik baik ye. (haa sedikit tips rumahtagga yang di minta oleh cik aida effa rina) maklumlah nak abis diploma dah khusus kahwin pon dah buleh kawen dah katanya haha.
MENGADA?
ya.kadang-kadang ade jugak aku perasan bukan mengidam tapi mengada. agaknya. entah mungkin mintak perhatian lebih ke atau tak cukup kasih sayang ke. acam ner tu? yang nih lelaki kene mainkan peranan pentinglah. bagilah kasih sayang secukupnya, dah halal dengan bini hang, manje lah puas puas pegang lah puaspuas, jgn time bercinta jer gah romentiknya dah kawen layu semuanya. salah tuh. pahalakan semua tuh. kekadang pompuan nih nak perhatian je lebih, dia nak rase die sorang jer permaisuri hati kamu. ngerti? hmm mcm lari tajuk sikit kan? tak per nasihat.
konklusionnya
mengidam atau mengada terletak pada diri masing masing. mungkin betol dia mengidam, tapi jangan melampau lampau tak dapat makan sampai nak pecahkan tibi. haha. relax la kalau tak dapat lagi, bagi suami anda masa. tengok keadaan dia mcam mana. cakap kat beby tuh sabar ye beby, nanti umi/mama/mami/momo/mak/ dan segala gelaran anda, akan cari makanan tuh. in shaa Allah boleh.
pokok pangkal pada hati dan diri kita sendiri, mahukah kita menjadi isteri yang menyusahkan suami? berdosa besar di situ, samasamalah memahami dan bertindak.
monolog: tulis entry ni macam dah kawen 30 tahun la plak, haha tak salah aish, pengalaman kita dan orang sekeliling boleh di jadikan iktibar, yang baik jadikan ikutan yang buruk mintak simpangkan. buang jejauh, shuhh shuhh
ok bye.
1 comment:
1 je tips rumahtangga hang bagi? mana cukuppppp. haha :P
Post a Comment