Assalammualaikum,
well, untuk hidup yang tak seberapa kaya ni, memang sangat sangat bersyukur apabila dalam keadaan yang perlu tibe tibe "tuah jatuh dari langit", Syukur Alhamdulillah pada Allah swt kerana sifatNYA yang penyayang, yang sentiasa mendengar doa hamba hambaNYA, yang sentiasa memakbulkan doa doa hambaNYA, walau hakikat, sungguh diri ini bukanlah seorang yang tinggi taqwaNYA,
bulan ni meaby bulan luck pada kami suami isteri, lagi lagi dengan hati yang sangat tak sabar menanti kehadiran si malaikat kecil kami yang akan melengkapi lagi kehidupan berumahtangga ini, benar "Allah berkata, setiap anak yang lahir itu punya rezeki yang tersendiri". dan saya sangat yakin, apabila kita serahkan bulat bulat pada Allah, cukuplah Allah tempat kita meminta dan bergantung maka Allah tidak akan sia siakn kepercayaan kita terhadapNYA.
"yes, this is true, DIA tak beri apa yang kita mahu, tapi DIA beri apa yang kita perlu"
semalam, my hubby dapat calling from singgapore. "mereka menawarkn kerja di sana, dengan gaji yang boleh di katakan lumayan", berbanding negara kita yang kedekut ni, susah nak bagi gaji tinggi, sudahlah kedekut, tolak sane tolak sini, seriusly, kalau nak kaya kerja makan gaji ni susah nak kaya, unless, ada pangkat prof, dr yang gaji 10, 12 ribu baru buleh hidup senang, btw, brunei tawar gaji pada seseorang yang mempunyai pangkat prof, dr, RM25 ribu msia, dan paling best, negara dia, tak de income tax macam negara kita yang kedekut tahik hidung masinnnn! almaklumlah dengan taraf hidup di malaysia ni tinggi, barang mahal, semua bende nak harga naik, orang kata bulan2 tu lepas gitu gitu je, nak shoping Emas tiap2 bulan pon susah, adeh.. -.-''
berbalik pada tawaran kerja singgapore tadi, rase heppy sangat, at least singgapore tu tak lah jauh sangat nak pergi macam bangi ke kelantan. every week pon bleh pergi singgapore sebab ade hiway plus dengan kereta baru tak lah letih nak memandu, so..beby buleh jumpe baba selalu kan? kalau baba kamu terus keje kat kelantan ni, alamatnya sebulan sekali lah dapat main main dengan kamu. pape pon, aku sangat percaya, bahawa anak ini memang pembawa rezeki. syukur yang tak terhingga. thanks Allah.
p/s: kepada masyarakat yang memberi komen negative tentang perkahwinan muda macam aku ni, di sini saya ingin menjelaskan bahawa, rezeki jodoh pertemuan ajal maut semua ketentuan Allah, once.. Allah dah letakkan seseorang dalam situasi tersebut, maka Allah lebih mengetahui bahawa mereka mampu memikulnya. Selain itu, Allah juga menjanjikan, perkahwinan itu sendiri akan membuka pintu rezeki, jadi tidak usahlah berasa takut untuk berkahwin awal jika sudah bertemu dengan jodoh pilihan Allah. yakinlah...bahawa Perancangan Allah itu sangat teliti.
"sentiasa bergantung pada Allah"
No comments:
Post a Comment