gerak

ASSALAMMUALAIKUM !:)

Tuesday, August 27, 2013

update untuk yang berbulan bulan tak berupdate. layankan jer

Assalammualaikum,

huwaa rindunya nak berblogging, namun apakan daya, sejak menyandang gelaran suri rumahtangga ini, saya selalu tak ada masa, nak kata buzy sangat tuh bukannya ada meeting ker, just dok umah memasak, kemas rumah, basuh baju, layan suamiku yang comel dan paling paling pon membutakan diri, maklumlah perot tengah boyot kedepan ha, kaki dah mule sembab sembab..jalan pon dah macam itik terkenkang kenkang, oh! tak apa, saya trima dengan redha, asal suami saya masih cakap saya comel walaupun kaki dah bulat macam kaki dora eee monn~~ ok cukup untuk pembuka cerita. 

nak cerita apa, aku pon tak tahu, tak ada idea memanjang, nak cerita pasal life aku, bukannya menarik sangat untuk di ketahui pon.. yang penting saya bahagia bersama si dia yang manja. ok muachh sikit. rasanya kalau akau jenis yang kaki blogging 24 jam, banyak jer bende boleh cerita, contohnya, kisah beraya, atau masakan yang aku masak hari hari, atau apa saje perkara yg boleh di jadikan modal cerita, cuma malas dalam diri ni terlalu menguasai. apakan daya. semuanya aku rasa berat. 

perihal mengandung

ok update lah sikit, mesti ada yang nak tahu jugak, peyot saya dah berapa bulan kennn.. berita gembiranya adalah dah tak lama dah ni nak beranak, sebab aku dah sarat sesangat, beby dah 34 weeks, bersamaan 8 buln setengah, memandangan bulan lapan dah nk abis, aku rasa betol la kot due aku besalin seperti yg doc ckp, awal bulan 10, mengikut kitaran yg di kira meaby jatuh pada tarikh 4/10/2013. doakn di permudahkan okey ?? :)))

mesti nak tahu feeling kan? errr stakat ni nak kata rasa cuak sangat tu tak ada, tapi rasa tak sabar nak deliver, tak sabar nak tgk muke beby, ikot muke umi dia ke atau muka baba dia. yang penting matanya muktamad ikot umi dia, ngeh ngeh ngeh.. "kita generasi mata besar" clap sikit beby! yaayy!! sape nak tengok muke beby? itu pon kalau korang rasa korang reti nak tengok, tuh dah paling terang dah tuh, aku scan yang 4D punye, kalau buat yang scan 2D tu ko nampak, hitam outeh jela, nampak bentok je senang cerita. ok, nak tengok x? 

ooo...my little angle.. muachh 

haa..part paling best pergi shoping baju beby dengan baba dia, oo excited gila, 
ni da firts shooping, yang len tak ter ambik gambarnya banyak sangat, 
tengok...dah namanya ain, sampai ank pon terpengaruh ngan pink, hello kitty bagai, 
arsenal tuh baba dia ar.. 

RISAU JUGAK SEKALI KLUA BOY.. WAAAA 

gambar sebelah kiri tu umur dia dah 8 bulan setengah, dia pejam mata tuh, masa scan tuh, dia jaga sekejab, bangun nak minum air, sebab nampak mulut dia macam tengah makan sumthing atau minum air, doc cakap minum air. ok meaby kot..... ok, gambar yang sebelah kanan tuh umur beby masa 6 bulan 3 minggu kalau tak silap, gambar yang tuh agak poyo sikit, sebab tengah tengah scan dia senyum kat kami, waaa rasa nak nangis tengok senyum dia, apa yang dapat aku simpulkan bibir dia macam baba dia, dagu dia tajam and kecik macam aku lah, baba dia dagu petak mcm kotak. kikiki.. mata dia of cos mcm mata aku, besar..hahaha boleh tengok dan nilai sendiri kalau tak caya, btw, hidung dia, ikot baba dia mancng sikit, tapi tak der lah mancung macam anak omputeh nun. pipi nya yang tembam tuh wat aku tak sabar nak gomol2, macam aku kot. haha. komain panjang lebor explain. huh!

perihal hari raya 

raya hari tuh, aku dapat satu perasaan yang sangat lain, yang paling best, raya pertama umah mak aku, weee~ seronok gila pak teh aku bakar mercun pum pam pum pam, meriah habis!! slurpp.. and then malam tuh plak ader birthday party, buat pulak ala ala omputeh, alahai..beriya bebenor, tapi best sebab lain drpd yang lain. sory tak der gambor. malas nak bergambor, >.<'' keesokkn paginya, arr tibalah kesyahduannya, pagi pagi bangun solat jemaah bersama suami tersayang, time tuh dah rasa dah syahdunya, perghh leleh, bila dia kucup dahi aku di akhir solat tuh, menitis air mata, syahdunya, bahagianya, oo Allah aku bersyukur. then siap siap makan sikit then pergi solat raya. haaa time nih aku jadi tumpuan, suma tengok aku macam siti nohaliza masok kampong, acececeh.. hahahha.. meaby diaorg teruja tgk perot aku yg comel ni kot... hahahahahakkk tlg jgn menyampah!

then siap sembahyang raya, balik rumah bersalam salaman, bermaaf maafan, halaweh...nagis ooo, lagi lagi saat mintak ampun dengan mak abah dan somi saya. nagis waa tau. bila salam mak abah, rasa sangat berterima ksh pd mereka sebab telah memberi kepercayaan pada anak manja beliau ini untuk berkahwin dengan mamat yang entah datang dari mana tetibe ajak kawen,, yeayy! hahaha. kerja gila. men redah saja! alhamdulillah, bahagia! bercinta selepas nikah. masya Allah, indah tak terkata. ada lah sikit gambar raya. nah...

baju hijau tetibe tudung pink haha, sulam dia kaler pink. 

pandai dia promote perot saya.. ngeeee~ :D

time ni nak pergi beraya, sempat lagi menggedik gedik 
bergiyomi yomi hahaha

ok sedih, sehari jer beraya rumah mak saya, then pulang ke bangi, then kami beraya ke terengganu pula, tak payah cakap memang kenyang dengan makan, maun taknya sehari dekat 10 buah rumah, memang sedap sangat lah beby dapat makan makanan ganu kiterrr.. the best part, pak mertua saya bawak jalan jalan pusing kampung lama dia dulu, masa time usha usha mak mertua saya, hahahaa lawak lah cerita mereka, tapi sweet sangat. best oo tempat dia, tenang.. alahai, dah katanya ganu memanglah best, tenang sebab laut yang cantik tuh, malas nk cerita banyak. nahh tengok gambar betapa gembiranya saya. ngehngeh,, 

ni tak da kerja, pak mertua drive kami kat belakang
snap picture banyak banyak, haihh untunglah 
punya mertua yang spoting spoting nih.. 

entah spek mata sapa tah aku pinjam jab 
nak bergambo. haha

tak abis abis posing pegang perot. 

ketawa riang. 

arr rindunya kat faqeehah.. 

dah lah malas lah nak taip. letih, pinggang pon dah sakit sakit nih, ok bye, doakan sy di permudahkan bersalin ya. 

Tuesday, June 11, 2013

Tips-Mengambil Hati Pasangan

Assalammualaikum..

ain rasa nak share tips mengambil hati pasangan, walaupun aku baru je 6 bulan lebih berkahwin, tapi tips ni tidak semuanya dari diri aku, aku amik dari nasihat mak aku, nasihat orang orang terdahulu dan sedikit pemerhatian aku terhadap pasangan lain. mana yang rasa betul boleh di ambil contoh, mana yang korang rasa tak betul, just ignore je. ianya berdasarkan pengalaman je, saya ni bukan prof yang sedang buat kajian, mahupun bukan pakar motivasi nak bagi tips hebat sangat. tapi tak salah kan kita kongsi demi kebaikkan bersama. :) ok, ketahuilah cara mengambil hati pasangan. untuk entry ni bagaimana seorang wanita ingin mengambil hati seorang lelaki. untuk tips lelaki amik hati wanita, next entry lah ye. 

perempuan mengambil hati lelaki

1. pandangan luaran seorang lelaki.
apa yang dikatakan pandangan luaran tu? semestinya pandangan dia pada paras rupa kita dan penampilan kita. memang fitrahnya seorang lelaki tu sukakan kepada kecantikan, jadi jagalah wajah, badan dan penampilan anda. pastikan diri anda sentiasa kemas bersama mereka, lebih lebih lagi seorang isteri, rajin rajinlah mewangikan diri, jangan bermake up dan sembur minyak wangi masa nak keluar dari rumah je. yang lebih utama adalah suami. tak payah nak tunjuk kat orang lain kecantikan awak tu, cantik ke buruk ke suami awk sorang je yang tahu. "ni nak keluar wangi2, dalam rumah ketiak bacin" jangan tanya kenapa kalau laki kau cari len. 

2. layanan yang mesra. 
opss, disini saya teganskan, ianya sesuai untuk seorang isteri. isteri yang baik tu sentiasa akan menyenagkan hati suaminya, sebagai contoh, maniskan wajah anda, senyum selalu depan suami, jgn bermasam muka dengan lelaki, buat perangai manja, walaupun hakikatnya anda tu seorang yang garang macam singa! lupakan sekejab singa anda bila bersama suami. bukan senang tau nak jaga hati lelaki ni, dan tahu ni, lelaki tu sifatnya keras, jadi lawannya dengan lembut. kalau pasangan anda seorang yang pemarah, hadapi dia dengan lembut, maksudnya bukan pi raba raba dia, haha. tapi cakap lembut lembut dengan dia, kalau anda salah minta maaf, then buat muke comel comel bajet manja manja gitu haha, in shaa Allah kemarahannya reda :)

3. tunjukkan sifat penyayang
macam mana nak tunjuk? yang ni anda sendiri kene pupuk dalam diri, sebab perasaan ni kene jujur, kalau buat buat macam seorang yang penyayang, tak kan menjadi. belajar belajarlah mengasihi binatang, budak budak, in shaa Allah tanpa anda sedar, anda rupanya ada sifat mak mak rupanya, hehehe. 

4. belajar untuk menjadi seorang yang kelakar
carilah jalan untuk menceriakan keadaan, jangan tegangkan keadaan, buatlah lawak bodoh pon asalkan pasangan anda boleh gelak. kalau kene geletek die geleteklah. AWAS! untuk suami isteri shja. macam sy, kebiasaannya sebelum tido kami tengok running man bersama then gelak sesama, sambil tu bergurau senda, sampai situ shaja selebihnya rahsia kami berdua~~ haha :P

5.pikat pasangan dengan masakan
yang ni sangat penting, dalam rumahtangga, suami mana yang tak nak isteri pandai masak, kekadang kita pernah terjumpa pasangan ni suaminya Allahhurabbi hensemnya kalah amin idris, tp isterinya biasa biasa sahaja, bila di tanya, rupa rupanya dia kata msakan isteri dia yang buat dia makin sayang pd isterinya tiap tiap hari, penting ni dear muslimah sekelian~ 

6. jangan cari hal
jangan curang, jangan gatal, jaga iktilat kita dengan ajnabi. kalau anda dapat suami yang cemburu jangan gatal gatal puji lelaki len depan dia, silap silap di beri talak terus. 

7. jangan mendesak
lelaki paling rimas dan pantang dengan perempuan yang suka mendesak nih, lebih lebih lagi bab bab nak kan sesuatu, sebab ade separuh lelaki ni dia suka memendam, contoh dia tak ada duit, anda jangan mintak bende mahal mahal dengan dia, kalau dia dah wat respon muke lima sen tu faham faham la gaji dia tak keluar lagi.. dan satu lagi, jangan jadi meterialistik, jangan meminta sebelum di tanya. lelaki sukakan perempuan yang tak minta minta, dan steady je dengan apa yang dia ada, kalau anda suka minta minta, percayalah anda membuatkan lelaki hanya dingin dengan anda. 

8.jangan terlalu kuat merajuk atau marah marah
jangan suka sangat merajuk, bende kecik nak merajuk inikan pula bende besar, jadi seorang yang matang, lebih lebih lagi seorang isteri, jangan sampai keluar perkataan suami anda cakap "awak ni macam budak budaklah rimas sy" tu petanda dah tak baik tu. merajuk boleh, tapi biar bertempat, jadikan diri anda seorang yang pemaaf, mudah lembut hati, lelaki lebih mudah berdamping dengan wanita sebegini. sifat marah marah dan suka bebel juga jauhkan dan buang jauh jauh. lelaki tak suka di bebel. tak suka sesangat. cakap baik baik dengan dia, penuh kelembutan, in shaa Allah lembut hati dia. 

9.jangan control lelaki
biarkan mereka nak buat apa, tetapi selalu ingatkan bahawa Allah sentisa melihat apa yang awak buat, cakap cam tu kat suami anda, tapi kalau lelaki tu lelaki yang beriman, in shaa Allah dia tak kan cari jalan untuk menggatal atau tergatal, eh.. haha. kalau hobi dia suka main futsal, biarlah dia pergi main, dia buat bende elok, sehatkan badan,bukannya pergi disco. senang cerita jangan control lelaki buat apa yang mereka minat, malah kita sebagai isteri kene cuba minat bende yang sama apa yang suami kita minat, contohnya, memang comman la kan lelaki suka bola sepak, so ape salahnya, anda layan je sekali tengok bola sepak tu, sambil sambil tu tanyalah, dia ni siapa abang? buat buatlah macam anda minat. sokong juga team kesukaan mereka. 

ok. cukuplah setakat ni, rasanya berguna kot, kalau ada yang tak betoi, ignore jela ok, yang elok amiklah buat tauladan. untuk bakal bakal isteri tips sebegini sangat bagus untuk anda, kene tahu, 10 tahun percintaan anda dengan dia tak menjamin yang anda benar benar kenal dengan dia, mungkin hanya kentot dia saja yang anda rasa wangi, nanti bila dah kawen cukuplah sebulan, tahulah nanti betapa bacinnya ketiak dia, betapa busuknya kentot dia, betapa tak senonohnya perangai dia, jadi bila bercinta, cintailah sekadar sahaja, ok? perempuan dengan lelaki ni ibarat sorang makhluk planet pluto, seorang makhluk planet marikh. nampak tak bezanya tu? sorang dari planet yang sgt panas, sorang lagi dari planet sejuk. bukan mudah nak sebati. kesimpulanya, jadilah seorang wanita yang punya budi penghias diri, wajah yang lembut pekertian yang tinggi, malumu bernilai, katamu berhikmah dan hati yang suci.

selamat berbahagia pada kawan kawan yang baru berkahwin, selalu selalula jemaah dengan suami anda ya,  yang belum berkahwin, jaga iktilat anda bersama lelaki. moga peroleh suami solehah semuanya. 

last. boleh amalkan doa ini ya, untuk yang nak suami soleh,  Allahumma Zawwijni Zaujan Soolihan.” ( Ya Allah, kahwinkan la daku dengan suami yang soleh ) 

Friday, June 7, 2013

update: kandungan 5 bulan 3 minggu

Assalammualaikum.

arghh feeling cute abis. hehehe. 

last update 7 mei, pukul 12 mlm ni genap 7 jun. beberapa jam je lagi genap sebulan, lame gile tak berblogging. iya. aku akui, sejak bergelar sorang istri, masa ni bukan tak der, ader jer cuma banyak lagi bende nak buat. kalau dulu kala time anak dara, kain kita koyak tunggu la bila bila pon boleh jahit, now seluar suami kita koyak, tak tunggu dah, dulu kalau lapar tak kesah lah makan ke tak, sekarang tak boleh buat macam tu dah. SUAMI DIDAHULUKAN, RUMAHTANGGA DI UTAMAKAN. ingat kau jer ade propaganda be and? haha.

alhamdulillah, kebahagiaan masih milik kami, esok genap 6 bulan 
perkahwinan kami. lebiu hubby <3 p="">

entry ni,cuma entry omongan kosong. permintaan daripada beberapa orang kawan. lama dah mereka suruh update. tapi malas bebenor di hati. mungkin kekurangan idea, mungkin juga aku bz. ha tengok! tak tahu dah nak tulis ape. aku tulis jela ape ape yang korang nak tahu. haha. 

perkembangan kandungan terkini. ok sekarang kandungan dah 5 bulan 3 minggu. perot aku dah makin bulat dan memboyot ke depan, haha sangat sangat lucu bila tengok kat cermin. tapi saat paling happy bila malam malam en somi gosok gosok perot aku sambil zikir ya latif. kekadang die cakap ngan beby, memang nampak cam annoying tapi sweet wey. 

ok, sedikit tips dari umi to be ni, bila mengandung nanti, banyakkan makan kurma, kismis, madu, kacang, ikan, susu kambing, minyak zaitun, buah delima. khasiat untuk kesemua makanan yang aku sarankan tu baik untuk otak beby, kulit dan pembesaran beby. macam madu nabi pon cakap ia adalah sebaik baik makanan. madu juga boleh menambah darah dalam badan anda. almaklumlah bila mengansung anda berkongsi khasiat dengan bby makan 2 kali ganda pon still rase ada kurang. so, nikmatilah pahala yang Allah nak beri pada ibu ibu mengandung. 

kismis. bagus untuk otak beby dan utk otak kita jugak. nabi kata kalau nak menghafal al quran dan hadis banyakkn makan anggur kering (kismis) "sory ade dalam hadis tapi aku tak ingat". kurma. nabi kata, ibu mengandung elok makan kurma banyak2 supaya anak yang bakal lahir ni seorang yang penyabar. in shaa Allah. :) IKAN. ikan banyak proten. bagus untuk otak baby jugak. DELIMA. nabi kata siapa yg makan delima akan dijauhi dari ganguan syaitan selama 40 hari. dan ianya bagus juga untuk kulit beby. MINYAK ZAITUN, sebaik baik minyak, nak anak kulit cantik gebu licin minumlah minyak zaitun, kalau tak sanggup buat cm aku, masak guna minyak zaitun, tp berkorban lah sikit memang mahal, sebotol kecik pon dah 18 rgt. ngeeeee :p

nanti bila anda mengandung, jaga tingkah laku, anda dan suami banyakkan bercakap cakap kat perot dengan beby, beby dengar tau, dan waktu cam ni dia tengah kenalpasti suara parent die. selalulah gosok gosok perot tu, sambil berzikir, ya latif. bila nak mengaji, sebelum start baca cakap kat beby dulu. beby, ikot umi dan abi mengaji ye. haha nampak macam annoying kan? tapi secara tak langsung sebenarnya kita dah didik die dari dalam kandungan lagi. dan memang islam ajar cara macam tu. elakkan diri anda daripada mendengar muzik muzik yang tak baik contoh muzik disco, rock. jangan stress, banyakkan senyum supaya beby pon nanti suka senyum. :) cukup cukup lah, selebihnya korang search la google untuk lebih nasihat dan tips penjagaannya okey? haha. ini pon dah panjang menjela aku celotey. 

yang terbaru. tak nampak sangat perotnya sebab pakai jubah kot. tapi kalau pakai t-shirt nampak dah memboyot kedepan hehe. waktu ni baru 5 bulan 2 minggu :)

tak tahu lah nak cerita apa lagi. merapu je nih. nak ke tips jaga suami? haha next entry lah. cuma nasihat aku. jinak jinakkan diri anda ke dapur sekarang, belajarlah seberapa banyak masakan yang boleh. kalau tak der masa pon kene ade kan jugak. sebab ape? nak bagi suami sayang kita sesangat jaga perot dia baik-baik. kenal pasti makanan kegemaran dia, apa yg dia tak suka, kalau kene wat list buat lah, demi kebaikkan kan. next entry aku share. cara mengekalkan ke'sweet'an dalam rumahtangga. tunggu ya.... 

ok taa :)

Tuesday, May 7, 2013

PRU 13. kalah bermaruah. menang dengan kotor!

Assalammualaikum

dan salam satu bangla! haha. almaklumlah bangla masuk malaysia 40 ribu orang naik "MAS airline" lepas mengundi, jadi apa salahnya kita ucap salam satu bangla, kan kan kan? oh maaf terlari tajuk sedikit, hari ini 6 mei 2013. sehari telah berlalu hari bersejarah untuk rakyat malaysia. sapa tak tahu 5 mei 2013 adalah hari mengundi? mintak masok sekolah balik. kalau bagus sangat tak nak amik tau pasal politik, nanti dah beranak pinak jangan merungut itu naik, ini mahal, itu beban. kan? kerana hari ini kita muda masih belum punya apa-apa tanggungjawab yang berat seperti menanggung kos pembelajaran anak, makan dan pakai. bayar kereta nak beli rumah bagai, senang cerita yang pakai duit la. BOLEH LER WAT TAK PANDANG. 

haish, dulikanlah. di sini, aku rasa bertanggungjawab untuk memberi kesedaran dan membuka mata rakyat malaysia seluas luasnya. sebab kadang kadang ade separuh orang ni sombong bodoh. tahu dah kebenarannya. tapi saje wat pekak telinga buta mata. sedangkan tidak tahu, politik itu adalah sebahagian daripada cara hidup islam, adalah tanggungjawab setiap individu untuk memilih pemimpin yang warak dan adil dalam urusan mentadbir negara. bila katanya TANGGUNGJAWAB, maka hukumnya wajib! ngerti? setiap tanggungjawab akan di persoal di akhirat kelak!

"Dari Nabi saw. bahwa beliau bersabda: Ketahuilah! Masing-masing kamu adalah pemimpin, dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja yang memimpin rakyat adalah pemimpin, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin anggota keluarganya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri juga pemimpin bagi rumah tangga serta anak suaminya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang budak juga pemimpin atas harta tuannya, dan ia akan dimintai pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ingatlah! Masing-masing kamu adalah pemimpin dan masing-masing kamu akan dimintai pertanggungjawaban atas apa yang dipimpinnya. (Shahih Muslim No.3408)"

sebelum aku cerita panjang lebar, mari kita kenali parti parti politik di malaysia. di dalam politik malaysia, negara kita mengamalkan sistem demokrasi. "ni sume org tahu". dimana kita mempunyai parlimen untuk parti parti politik membahaskan dan mengutarakan segala cadangan dan ketidak puas hatian. dalam parlimen kita punya dua pihak, satu pembangkang satu lagi yang mentadbir. 

pihak yang mentadbir. dikenali sebagai Barisan nasional (BN). dalam BN ni ade lagi beberapa buah parti yang bergabung, kita amik yang penting jela ea, MIC (malaysian indian congras) , MCA (malaysian chinese congras) dan (UMNO) united malay national organisation. ketiga tiga parti ini bergabung dan menubuhkan satu gerakan yang di panggil. BARISAN NASIONAL (BN) 

bendera BN. yang dalamnya ada gabungan 3 parti. MIC, MCA & UMNO

manakala untuk pembangkang pula, terdapat tiga parti juga seperti BN, yang digelar PAKATAN RAKYAT. dalam pakatan rakyat, ade parti PAS (pan-malaysian islamic), DAP (democratic action parti) dan last parti PKR (parti keadilan rakyat). ketiga tiga parti ini bergabung dan telah menamakan gabungan tersebut sebagai PAKATAN RAKYAT. namun! pakatan rakyat tidak mempunyai satu bendera khas seperti BN, maka dengan itu, rakyat malaysia tidak berapa nampak bahawasanya mereka ini bergabung. 

bendera hijau lambang bulan tu PAS, lambang roket DAP, hujung sekali PKR

Sepertimana yang kita ketahui, keputusan umum telah diumamkan semalam, kemenangan berpihak pada BN. dan mereka telah mentadbir negara selama 55 tahun. sekali pon tak pernah menang oleh pembangkang. fakta. PRU13 ini telah mencatatkan sejarah, sebanyak 80% rakyat malaysia keluar mengundi, berbanding PRU yang lepas lepas. jadi disini kita dah nampak akan kesedaran bagi rakyat untuk melakukan sesuatu perubahan yang baru!

malangnya, tahun ini pembangkang (PR) kalah jua, namun kemenangan barisan nasional telah dipersoal banyak pihak, bila mana timbulnya ketidakadilan dalam pilihan raya yang ke 13. peti peti undi di curi, peti peti undi di sorokkan, bagi ic pada pendatang asing seramai 40 ribu untuk mengundi, dan akhir sekali paling banggang abadi, tibe tibe belakunya black magic. taraaaa!! black out pulak  3 4 buah pusat pengiraan undi. tempat yang black out tu, adalah tempat PR. pembangkang dah menang mulanya, lepas tu, pappp!! blak out, kira balik BN plak menang, hahhaha kebodohan apakah ini?

hah! amik

halawehh...memang magic wonderland lah. tibe tibe pulak black out. nenek hang! namun kami rakyat malaysia bukan duduk kat dalam hutan oi, tak der tenet, tak de enpon bagai, sekarang canggih dah. maklumat di hujung jari cek ha. tekan aje, tutt tett tutt tett maka keluarlah beritanya. aku dan rasanya ramai rakyat melaysia lebih mempercayai sumber di internet contohnya youtube, berbanding TV3 yg kaki ampu!! 

ni ape ni? ape ni ?

bab bab yang tidak adil ni aku malas nak cerita panjang argh ni pon dah terlebih panjang aku crite, nak tahu lebih lanjut, bukaklah youtube, terang terang orang rakam. tv3 je yang tunjuk BN baik, yang jahat sume pembangkang, hina ulamak bagai. baca berita pot pet pot pet tudung tak nak pakai, ade hati tu hina ulamak. haiyaa tak tahu ke, ulamak tu adalah pewaris nabi. walaupun kami kalah. tapi kami bangga pemimpin kami adil! tiada rasuah! bersih! kami kalah dengan maruah, tidak main kotor! kami redha! hah. itulah kecintaan kami pada pemimpin kami.

mai sini aku nak habak sikit! "kalah kita bermaruah. kita jujur pd diri sendiri. tiada tipu helah kotor. kita tidak kalah cume Allah masih menagguhkan kemengan kita! ingatlah. yang hak tetp hak. yang batil tetp akn tumbang! kami tak dapat tuntut di dunia. ingt. kami akan tuntut di akhirat. Allah maha mengetahui. DIA tidak pernah tidur wlau sesaat!" 

dan ingatlah, Allah sentiasa mendengar dan tidak akan sia siakan doa orang orang yang dianiaya dizalimi! 

Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara."
(Hadis riwayat Hakim - sanad sahih)

"coretan ini bukan luahan hati semata mata, kami di pihak pembangkang sangat sedih dan berduka cita kerana niat suci kami ingin menegakkan islam namun di kotori oleh manusia sebangsa dan seagama kami! dimana hati anda? tidakkah anda mahukan negara yang adil tiada rasuah dan tidak membebankan rakyat? pembangkang cuba untuk membela nasib rakyat, dengan manifestonya, antaranya adalah pendidikan diberi percuma, tol di hapuskan, harga kereta di turunkan. 

tapi masih ada antara manusia yang terima dengan redhanya duit duit mereka di guna sebegitu sahaja, beli cincin belian oi! then bodoh sombong pula jika diberi pendidikan percuma nanti rakyat tak mau beljar sungguh sungguh, hoi! mai pikiak cerdik sikit, apa ingat senang dia dah bagi percuma tak kan tiada syarat, semestinya dikenakan syarat yang ketat, sekarang ni kita dungu tak mau pikir politik, yela kita student lagi, blaja pon tak abis lagi kn, baru je tengah praktikel pulak. lol! esok nak kawen, time tu laki hang nak beli rumah, nak beli kreta, malah nak kawen pon kene wat pinjaman. maka kelilinglah hutang piutang anda. suka? suka? cukai itu ini naik, harga kreta naik, tol naik, ptptn bg bunga ros cantik2, suka? di takdirkan pulaknya esok kita mati. ha sapa lah nak bayar hutang2 tu sume ye dok? mati pulak tak aman, tergantong roh kiteeeee...siapa pilih? kita juga. makanya bergembiralah dengan pilihan hati. ok? best tak? makan dalam tak? ke nak lagi? tak payah la.

 ada baiknya bukaklah mata sama sama dan buatlah kajian sedikit supaya kita tidak terus terus ditipu dan di pergunakan. oh ya. lepas ni BRIM akan naik seribu ringgit katanya. apa lagi pakat ramai ramailah behenti kerja. seribu ringgit boleh sara diri seumur hidup. nenek mung! bagi 500 dah lupa untuk jangkamasa panjang. jang! 500 yang hang dapek tu, duit kito jgk, memang layak pon krajaan bagi, sobab ea apo? duit duit yang kito bayar cukai sano sini tu lah. paham ko tidak??! dah la kang cakap lelebih orang kata kita tak bersyukur kat krajaan, apak hang. bersyukur kita sebagai seorang manusia hanya layak pada pencipta kita ALLAH YANG MAHA ESA! bkn kt BN, oi!!!

bangkit! kita bangkit, PRU 14 nt kita gegar! jangan bagi peluang!!!!

/"ish panjang lebar lagi aku nak cerita nih, tapi kang kok jenoh orang nak baca."\ MENANG KITA BERMARUAH!!

SEKIAN..

Thursday, March 28, 2013

makan cara Rasulullah

Assalammualaikum.

sebagai ummat nabi muhammad s.a.w seharusnya kita perlu menjadikan beliau idola, sumber inspirasi dan contoh terbaik dalam hidup kita, setiap perkara yang di lakukan oleh nabi kita tersembunyi hikmah yang indah dan mendatangkan kebaikkan kepada kita juga, tapi amat menyedihkan bilamana manusia kita menjadikan manusia yang jahil sebagai idola. kalau kita kaji sebenar benar hidup rasulullah kita akan berasa sangat teruja dan berbangga kerana menjadi ummat nabi muhammad. 

banyak sunnah yang kita perlu praktikkan dalam kehidupan seharian kita, tapi entry kali ini aku just nak kongsi "cara makan ikut rasulullah kita". Rasulullah pernah memberi amaran, "perut adalah punca penyakit" . bermakna itu satu amaran yang sangat keras. berapa ramai dari kita sekarang ini yang tidak menjaga permakanan serta cara kita makan. ye aku juga akui, aku juga termasuk dalam kalangan yang tidak mengikut sunnah ketika makan. tanpa kita sedar kita semua pernah buat. so mari kita cek apa yang kita terbuat dan tak buat. 

1. Rasulullah makan dengan tiga jari.

Dari Ka'ab bin Malik r.a., "Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)" (Hadith Riwayat Muslim)

siapa yang selalu buat macam ni? aku ade perasan sorang kawan aku, dia makan guna tiga jari dan aku sangat respek pd beliau, aku ade jugak cuba tapi seriusly ade rase tak puas ketika makan. ha... di situ nampak hikmahnya, Rasul kita makan guna 3 jari, so kt di situ menunjukkan yang beliau tidak gelojoh. dan makan dengan perlahan lahan. berbeza dengan kita yang lahap lagi kebulokk sentiasa, sudahlah makan guna 5 jari, makan laju laju plak tu. ( cakap kat diri sendiri )

2. Rasulullah mengunyah makanan sebanyak 40 kali.

sebenarnya aku tak jumpa pon hadis yang mengatakan rasulullah mengunyah 40 kali, tapi rasul kita mengunyah banyak kali sehingga makan itu betul betul hancur dan lumat. apa hikmahnya kat sini? hikmahnya adalah supaya makanan tu mudah di hadam. kita kunyah banyak kali tak?? konform tak 3 kali kunyah terus telan, pastu cer try muntahkan balik konform nasi yang keluar tu sebiji sebiji macam nasi baru masak. manalah tak penyakit. adeh -.-'' ain oh ain. 

3. Rasulullah makan dengan tangan kanan

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya." (Hadith Riwayat Muslim)

yang ni aku pasti semua makan dengan tangan kanan kan?? hikmahnya adalah membezakan kita manusi dengan syaitonnnn nirajim !

4. Rasulullah mulakan makan dengan Bismillah 

Dari 'Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: 'Bismillah' ). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah 'Bismillahi awwalahu wa akhirahu' (Dengan nama Allah yang memulai dan yang mengakhiri). " (Hadith Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi.)

syaitan bertanya pada Allah, apakah makanan untuk mereka. Allah menjawab, "makanan yang di makan tidak di sebut namaKU ( Bismillah )

5. Makan makanan yang berhampiran 

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: "Wahai budak, ucapkan 'Bismillah', makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

ha yang ni pon, kita kita dan kita ni termasoklah aku selalu buat, makanan yang paling sedap ade kat hujung, yang tu kita capai dulu, nampak tak gelojohnya di situ? ( kau lah ain yang selalu buat haha )

6. menjilat jari selepas makan

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim)

yang ni, ade jugak orang kolot yang mengangap menjilat jari nampak macam kebulok dan pengotok, biaselah orang kurang ilmu akan cakap macam ni, tapi hikmah dan barakahnya dia tidak tahu. satu lagi bila orang yang memasak tu tengok kita jilat jari, konfom dalam hati berbunga riang, pastinya dia merasa makanannya sedap walaupun tak sedap. haha. (akulah tuh) jadi sebaik baik contoh dan teladan itu dari Rasulullah :)

7. Rasulullah melarang kita mengeji makanan dan sunat memuji makanan tersebut. 

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: "Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

hikmah dari hadis ni adalah bagaimana pulak cara kita bersyukur apabila mempunyai makanan dan adap kita melayani orang yang dah penat penat masakkan untuk kita. cube bayangkan mak kita penat penat balik dari kerja kita konplen, mak! tak sedap lah lauk nih, ish ai.. mesti kecik hati mak kita kan, berdosa dah tu. ( yang ni aku selalu kene marah ngan husband aku, sebab aku ni antara yang memilih dalam makan. ) heuw heuw

Dari Jabir r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. meminta lauk pauk kepada keluarganya, lalu mereka berkata: "Tidak ada yang kita punyai melainkan cuka. Beliau s.a.w. lalu memintanya dan mulailah beliau makan serta bersabda: "Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka, sebaik-baik Iauk pauk ialah cuka." (Riwayat Muslim)

hadis yang ni pulak, bukan rasulullah nak kata cuka tu makanan yang baik sangat sebenarnya rasulullah hanya nak menyedapkan hati wanita itu kerana tidak mempunyai makanan lain. lalu beliau memuji dengan cara begitu. waaa ternganga jab. 

8. baca doa selepas makan

selepas kita kenyang dengan nikmat Allah maka kita perlu memujiNYA juga. untuk sesiapa yang tak tahu doa makan sila silalah bertanya pada ustaz or ustazah atau kerja mudah google jela. yang ni dulu masa kat asrama selalu buat, sebab ape, sebab itu amalan seharian kita kan, bila kawan kawan buat kita pon akan buat, now days bende tuh dah hilang. haaa ape dah jadi ngan kau ni ain !!! 

mari kita praktikkan sunnah dalam kehidupan seharian kita, says I LOVE SUNNAH ! 

jadi, mari kita semua ubah cara makan kita yang mana tak ikut sunnah tu mari kita ikut sunnah. alah mule mule memang la tak biase lame lame nanti biase lah kan, and tak rug pon kita ikot bende baik dalam hidup ni dapat pahala pulak tuh. almaklumlah kita kita ni yang hari bergelumang dengan dosa ni. harap harap entry ni bermanfaat untuk semua dan diri ini juga. 

Wednesday, March 27, 2013

K.E.G.E.L.A.P.A.N

Assalammualaikum.

kini aku hanya bergantung pada cahaya leptop yang hanya tinggal beberapa minit nak mati. adeh, -.-'' LEKRIK UMAH DEN TAK DO HA. tetibe mati. dah 1 jam nih. panas ler. :( 

mandi dalam gelap, makan dalam gelap, online dalam gelap, sembahyang pon dalam gelap, adeh -.-'' come on lektrik hiduplah semula, aku telah rasakan kini aku berada di zaman kegelapan. haha. 

tapi ade sedikit penginsafan yang muncul dalam diri, tertanya tanya, di dalam KUBUR NANTI LAGI GELAP kn? hua hua. amal ibadat kitalah yg meneranginya. 

ok sekarang aku rasa makin gelap betri leptop pon dah nak mati, aku nk nangis kuat kuat. waaaaaaaa.

Tuesday, March 26, 2013

ade dua muke

ASSALAMMUALAIKUM..

YE.. ADE DUA MUKA. APE DIE? HANYA UNTUK MANUSIA TALAM DUA MUKA. ORANG ADE SATU JE DIE ADE DUA. OK KAU UNIK SANGAT. kerana dirimu begitu berharga. hak tui.

PERNAH DENGAR TAK AYAT NI, "dunia ni sifatnya bulat, sentiase berputar, jika hari ini kita di atas, bukan selamanya kita berada di atas, satu hari kita juga berada di bawah" . kalau hari kita buat orang tak mustahil satu hari nanti kita di balas juga. 

ya. mungkin anda lupa Allah tu maha adil. 

Monday, March 25, 2013

resepi nasi minyak terengganu, gulai ayam dan acar yg sedap lagi ohsem!

Assalammualaikum,

semperna perot kenyang lagi hongeh hik hok . ape itu hongeh? kekenyayang yang teramat parah -.-'' org klate panggil sok-eh. hahaha. ok ok, hari ni mak nak ajak anak anak memasak, ha.. amik kau tak pernah pernah aku buat entry resepi ni dah poyo dahap dewa dewi remaja. haha.

tidak mengapa. bagi anda anda yang tak reti masak nasi minyak, meh ain tunjukkan resepi dan caranya. harapnya dapat membantu anda anda yang sedang kebingungan hendak memasak. tetibe semangat nak share resepi.. haaa dah kenapa ain? jawabnya adalah nasi minyak ni makanan "feberet" suami den. ha..ini tak ade dalam resepi.. ok2 mari kita mulakan ye..

sebelum masak kene lah tahu bahan bahannya idok? kalau tak macam mane nak masak. ok foinee.

nasi minyak

bahan bahan nasi minyak

1. bawang merah
2. bawang puteh
3. halia
4. majerin
5. rempah empat beradik. (bunga lawang, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga)
6. daun pandan  
7. garam
8. beras =terpulang nak berapa cawan (tak kesah lah beras cap ape, yang biase kita makan lah)
9. pewarna

cara cara memasak nasi minyak :-

*1. mayam bawang merah dan bawang puteh

*2. halia dalam 1 inci, atau sebesar cap jari korang, then ketuk/ tumbuk sikit halia. (jgn sampai penyek/lumat sangat)

*3. daun pandan tadi perlu di ikat simpul, (tak kesahlah brape helai, 3 helai pon dah cukup) kasi naik bau
4. 1 senduk majerin

*5. rempah empat beradik

mula mula basuh beras 2 cawan. kemudian letak di bekas lain dahulu. lepas tuh panaskan periuk masukkan majerin 1 senduk tadi, bile dah larut jadi macam minyak, masokkan bahan bahan yang bertanda *. tumiskan sehingga naik bau, kemudian masokkan air. (" 2 cawan beras = 2 cawan air") yang bab air ni penting ok. jangan kurang nanti mentah nasi, lebih sikit tak per, lebih banyak bahaya.

tunggu sehingga air dan bahan yang ditumiskan tadi mendidih. kemudian masokkan beras ke dalam periuk nasi bersama bahan bahan yang di tumis tadi. kemudian tutup masak macam nasi biase, lepas tuh, agak agak nasi dah nak masak, taburkan sedikit pewarna, tak kesah lah nk letak warna ape. then kacau nasi tu, tutup balik biarkan smpai masak. ok siap! :')

senang tak? senang kan..

gulai ayam terengganu / kari ayam

gulai ayam or daging terengganu /  kari ayam or daging

bahan bahannya :-

1. ayam or daging
2. rempah empat beradik
3. kentang
4. cili boh
5. rempah kari daging atau ayam ( tak kesahlah cap ape)
6. santan
7. bawang merah dan bawang puteh
8. minyak masak

cara cara memasak :-

*1. blander bawang puteh dengan bawang merah

*2. rempah empat beradik

*3. cili boh 1 sudu (ikotlah nak pedas sikit letak 2 sudu)

*4. air sikit

5. potong kentang ikotlah nak besar mane,

*6. rempah daging 

mule mule bancuh bahan bahan * ke dalam 1 mangkuk, kemudian kacau, panaskan periuk letak minyak masak sikit, dah panas masokkan bahan bahan * ke dalam periuk, tumis sehingga naik bau. kemudian masokkan ayam or daging.

lepas tu letak santan, (ikotlah nak pekat mane or lemak mane, lagi banyak lagi pekat) pastu letak air sikit, kemudian kacau letak garam secukup rase, biarkan ayam agak agak nak masal masokkan kentang yang dah di potong potong tunggu sehingga kentang empok. dah empok kentangnya. siap!

 acar

bahan bahan acar :-

1. cuka makan
2. gula
*3. bawang merah yang di mayam
*4. lada merah yang besar tuh, potong senget senget
*5. timun. ikotlah nak potong bentok ape
*6. nenas / kobis / keret (ikot sukelah nak guna yg mne) potonglah mcm mne pon

cara cara buat acar

mule mule letak cuka ke dalam 1 mangkuk, tak kesah banyak mane, kalau nak berkuah lebih letak lah lebih, pastu letak gula. larutkan gula. ( raselah sendiri nak masam manis die macam mne, kalau terlebih masam tambah gula. bile gula dah larut.

kemudian masokkan bahan bahan * ke dalam mangkuk yang ada cuka dan gula tadi, kacau kacau. dah siap masokkan dalam peti sejukkan supaya lebih ranggup. ok siap !

*untuk adik adik yang baru nak kenal dunia masakan yang tak tahu ape tuh rempah empat beradik*

bunga cengkih 

 bunga lawang

kulit kayu manis 

buah pelaga

ok selamat mencuba ! 

Thursday, March 21, 2013

pantang larang ketika mengandung -Tips-

Assalammualaikum..

terase nak share pantang larang time mengndung, aku rase ramai jer dah tahu, dan ramai yang tak tahu, yang tak tahu lagi konform la sebab tak kwen lagi kan. hikhok bunyi cik mimi. pantang larang ni sumenya boleh di katakan pengalaman mak mak nenek nenek moyang moyang kita dulu dulu, ada yang macam betol ade yang macam omongan kosong. papepon kita berhati hati dijalan raya, eh salah kita beware jela jaga kandungan kita ye. 

1. jangan wat onar kat binatang, paling berbahaya reptilia. contoh ular, katak dan seumpamanya lah. tahu ape maknanya kenan? kalau terserempak ke terjumpe ke same la kan? ok sila niat baik baik usap usap perot mintak jauhan daripada perkara buruk, jauhkan diri anda dari binatang tersebut, awas JANGAN BUNUH ITU BINATANG, biarkan die pergi. ular sejenis binatang yang pendendam, buaya pon. 

2. mulut jangan celupar. contoh menghina atau mengeji sesuatu yang buruk. ini pon boleh terkenan. kalau nampak bende bende yang pelik pelik ada baiknya jangan cakap pape dan niat kat hati mintak jauhkan daripada yang tak baik pada beby. 

3. orang tua tua kata jangan pakai bende bende yang bersimpul simpul kat badan contohnya selendang yang kita lilit lilit atas kepala tuh. ni aku tak pasti kesahihannya. orang tua tua cakap nanti tali pusat anak terbelit belit. errr tak tahu lah btol ke tidak tapi lebih baik kita elakkan, kekadang orang tua tua cakap sebab pernah berlaku dulu dulu kan. tapi mungkin jugak suratan atau kebetulan. haha

4. jangan duduk kat pintu atau atas tangga, baik suami baik isteri. nanti susah nak keluar anaknya, senang cakap susah nak beranak. 

5. bila ingin kupas buah, kupas dari atas ke bawah, jangan salah arah, orang kata boleh menyebabkan anak songsang. kaya orang tua tua. hewhew

 6. jangan terlalu benci jangan terlalu suka. tak kira lah kat bende binatang atau orang bende bende ni pon boleh menyebabkan kenan, 

setakat nih ini ajer yang aku tahu, yang dapat si kongsikan bersma, sesiapa yang rase nak caya boleh caya tak nak caya terpulang, tak semuanya betul tapi kita kene berhati hat memang time mengndung nih kene beware sikit ape pon bende kita nak buat, 

sekian,

Wednesday, March 20, 2013

mengidam ke mengada?

Assalammualaikum..

haa entry ini dituju khas untuk wanita-wanita yang buncit, opss erti kata len mengandung. haha buncit dengan halal perlu bangga yo! semperna yang menulis ni pon mak buyung yg comel, hewhewhew jgnlah muntah. haha.

setiap kali ade perempuan mengandung, istilah mengidam tak dapat di pisahkan. bagai mulut dengan lidah dan gigi. cer pisahkan konfom huduh. ngehngeh.. sebenarnya MENGIDAM KE MENGADA? dua perkataan yang berbeza dan tak sama haha. memanglah kn. okey okey jgn mara. kita proceed.

arghh bahagianyerrr.. 

MENGIDAM
sebenarnya ape? berase nak makan sangat sangat ke, terbayang-bayang ke atau memang betul mengidam. entahlah sebenarnya aku pon tak tahu ape tuh mengidam. sebot pasal mengidam ni, awal awal lagi mak aku dah bagi warning. "adik, jangan susahkan suami nak makan itu nak makan ni, makan je ape yang ada, bersyukur masih di beri makan, jangan ade istilah mengidam lelebih, nanti kamu susahkan suami nanti susah nak beranak" kluppp telan air liur my mon sound bergitu.

ya. betul juga katanya. jangan susahkan suami, dia penat-penat balik kerja then kita pi mintak nak makan kijang. laki kau kerja hospital tetibe mintak kijang. tak pasal pasal dapat terajang. eh guraw. suami skarang baik baik belaka mane ade mahu buat begitu, ye dok?

kita duduk di tengah-tengah bandar, tengah malam buta mintak ikan terubok kat suami. nak ikan terubok ikan terubuk, dah mane lubok nak di cekau kn. tak pasal pasal dapat penumbok . haha eh sekali lagi kita bergurau. gelak la gelak lagi kekgi jangan buat mne tahu tetibe betul pulak dapat penumbok hahaha. mengidap, bukan mengidam dah.

kan aku dah kata. tak semua lelaki boleh sabar.

laki kita sedap sedap bagi makan ni siap beli "keyepchi" lagi kita mintak plak sup selipar. haa ni jenis mengidam dah melampau lapau nih. kejab lagi makan penampar tak payah nak selipar selipar dah, sedap tak? haha. jangan la jangan la mintak bende pelik pelik, kene faham la lelaki ni sabar macam mana pon kalau sampai satu tahap dia rase meluat penampa sume dapat. jadi isteri yang baik baik ye. (haa sedikit tips rumahtagga yang di minta oleh cik aida effa rina) maklumlah nak abis diploma dah khusus kahwin pon dah buleh kawen dah katanya haha.

MENGADA?
ya.kadang-kadang ade jugak aku perasan bukan mengidam tapi mengada. agaknya. entah mungkin mintak perhatian lebih ke atau tak cukup kasih sayang ke. acam ner tu? yang nih lelaki kene mainkan peranan pentinglah. bagilah kasih sayang secukupnya, dah halal dengan bini hang, manje lah puas puas pegang lah puaspuas, jgn time bercinta jer gah romentiknya dah kawen layu semuanya. salah tuh. pahalakan semua tuh. kekadang pompuan nih nak perhatian je lebih, dia nak rase die sorang jer permaisuri hati kamu. ngerti? hmm mcm lari tajuk sikit kan? tak per nasihat.

konklusionnya
mengidam atau mengada terletak pada diri masing masing. mungkin betol dia mengidam, tapi jangan melampau lampau tak dapat makan sampai nak pecahkan tibi. haha. relax la kalau tak dapat lagi, bagi suami anda masa. tengok keadaan dia mcam mana. cakap kat beby tuh sabar ye beby, nanti umi/mama/mami/momo/mak/ dan segala gelaran anda, akan cari makanan tuh. in shaa Allah boleh.

pokok pangkal pada hati dan diri kita sendiri, mahukah kita menjadi isteri yang menyusahkan suami? berdosa besar di situ, samasamalah memahami dan bertindak.

monolog: tulis entry ni macam dah kawen 30 tahun la plak, haha tak salah aish, pengalaman kita dan orang sekeliling boleh di jadikan iktibar, yang baik jadikan ikutan yang buruk mintak simpangkan. buang jejauh, shuhh shuhh

ok bye.