gerak

ASSALAMMUALAIKUM !:)

Tuesday, June 3, 2014

Apa sebenarnya nilai solehah bagi hawa

Assalammualaikum

First of all saya mohon maaf jika entry ini akan membuat mana-mana pihak terasa
sakit hati, atau marah pada saya, memang isu yang cuba saya ketengahkan ini,
 agak sensitive bagi kaum wanita, tapi kata imam ghazali
"berkatalah benar walaupun pahit"

hawa ...

apa nilai solehah bagi kalian?
tudung labuh?
pakai handsock?
berstokin?
berpurdah?

hawa .. 

fahami nilai solehah dengan hati yang terbuka, 
apa yang cuba saya perkatakan ini, hanyalah pandangan kecil 
dari saya insan yang jahil, moga semua boleh menerimanya dengan 
hati dan minda yang terbuka. 

solehah?

apakah kalian beranggap, dengan memakai tudung labuh, berpurdah, berstokin, 
dan memakai sarung tangan itu, telah melambangkan diri anda SOLEHAH?

solehah di mata PenciptaMU adalah, wanita yang menjaga nilai-nilai adab,
pemakaian, kemaluannya dengan baik, sehingga malu itu mengatasi segala-galanya.

isunya disini....

bagi muslimah berpurdah, 
tahniah buat kalian yang istiqomah memakai purdah, yang istiqomah dan sangat menjaga 
nilai-nilai solehah dalam diri kalian, tahniah buat kalian, saya sangat respect !
cumanya ada sedikit teguran dari insan yang serba serbi kekurangan ini,
 apa sebenarnya tujuaan kalian berpurdah? ok tak per, kita jawab kemudian ..

Beberapa bulan dahulu, 

saya pernah memakai purdah, tetapi pemakaian purdah itu tidak bertahan lama,
hanya 4 bulan sahaja, kerana apa? setelah di kira-kira semula, ada benarnya
kata-kata insan yang entah dari mana, dan siapa hanya sekadar menulis di ruangan status 
facebooknya, menegur muslimah berpurdah.. masa tu, benar-benar buat sy 
berfikir panjang, dan akhirnya berbincang semuala dengan suami, tentang purdah ini, 

sungguh, seronok pakai purdah, pengalaman saya ketika pakai purdah, 
saya rasa selesa, mudah dan selamat, jujur sy katakan, tetapi oleh kerana saya ini
hanya manusia yang biasa, tak lari dari melakukan kesilapan, 
terkadang manusia terlalu mudah untuk melebelkan purdah itu, tak apa, 
tidak ada rasa marah di hati, malah ianya membuatkan saya berfikir semula tentang 
purdah ini.. 

pertama sekali tentang purdah, 

hukum berpurdah 

hukum berpurdah dalam makzab imam syafie ada dua :

1. wajib menutup muka dan kedua pergelangan tangan, 
hukum ini muktamat dalam kitab-kitab fiqh mahzab syafie. 

2. muka dan pergelangan tangan bukan aurat

kedua-dua ini kita boleh guna, tidak ada masalah, (sumber ceramah u tube ustaz azhar idrus)
 tetapi, jika kita tidak berpurdah, jangan sampai 
bertabaruj melebih-lebih, gincu nak merah menyala kalah anjelina jolie,
isunya di sini, yang kedua :

 apa tujuan muslimah berpurdah?

adakah kerana hukumnya? perintah suami? Lillahitaala? atau ingin mendapat pujian semata-mata?
"masyaAllah subhanallah, cantiknya....solehahnya.... ptfff sshutttt"

kalian berpurdah, tetapi celak tebal2 alis kening, kalian berpurdah, tetapi terlalu sarat 
blink-blink, kalian berpurdah tetapi kalian uplord gambar hari-hari selfie sendiri, tunjuk mata
masing-masing, sekrang, untuk kalian tanya pada diri. 
APA SEBENARNYA TUJUAN AKU MEMAKAI PURDAH?
adakah untuk nampak mulia di sisi manusia?
adakah dengan purdah anda telah merasa puas dengan title solehah?

sabar... jangan terus melenting...
tiada salahnya anda berpurdah, malah saya sangat respect pada kalian yang 
berpurdah, berniqab dan etc.. 

kalau pasal purdah je nak kait dengan uplord gambar 2x (menyampah aku)
ok fine. sabar jangan melenting dulu. siapa kata nak uplord gambar salah? 
ada saya kata tak boleh? saya faham, semua orang ada keinginan 
macamtu, bergambar boleh, tak salah, awak bergambar dengan 
berpakaian sedemikian sangat bagus, tetapi bukan dengan cara :

bertabaruj seperti saya kata di atas,
selfie syok sendiri hari-hari uplord gambar sendiri, 
berpurdah, tetapi make up dan kening berlebih-lebihan.

nak uplord tu uplord lah, tapi jangan sampai, orang lebel kamu lari dari niat 
untuk berpurdah, melebih-lebih, ada unsur-unsur gedik, elakkan diri dari fitnah. 
elakkan... 

macam ni tak pe, 

ok berbalik pada kisah saya dahulu, 
ya benar teguran hamba Allah itu, tegurannya lebih kurang sama 
seperti teguran saya ni, dan seperti nasihat suami saya, orang berpurdah ni, akhlak 
dia tinggi sepatotnya, dia tidak seperti sayang, malu dia tinggi, akhlak adab dia tinggi, 
dia berhati-hati dalam melakukan sesuatu, hati mulut ibadah semua di jaga dengan baik, 
senang cerita, mereka mencuba untuk menjadi yang terbaik untuk setiap hari. 

saya renung dalam-dalam, ya.. diriku masih belum layak untuk 
sampai ke tahap macam tu, jadi saya berkira-kira, 
cukuplah, aku menjaga auratku seperti hukum no 2 tersebut, selebihnya, 
aku perbaiki dalaman, akhlak dan adabku. 

actually, saya sangat-sangat bercita-cita agar pemakaian purdah itu
istiqomah buat diri saya, tapi tak apalah, 4 bulan tempoh percubaan itu sangat 
bermakna buat saya mengenali, dan mengetahui perihal purdah. 

ummi doa untuk hannaan dan adik-adik ya. 
ummi tidak mampu :'(

terima dan bacalah dengan hati yang terbuka. andai ada mana-mana 
pihak yang terluka, terasa, mohon maaf sekali lagi, 
anggaplah teguran ini, teguran kasih sayang buatmu wahai muslimah semua. 

nilai solehah itu, bukan hanya pada pakaianmu, 
tetapi pada pakaian akhlak dan adabmu. 
bagaimana kamu menjaga kehormatan islam dalam dirimu, 
bagaimana kamu melaksanakan syariat islam dgn lillahitaala 
dalam dirimu dan bagaimana caranya kamu mengajak 
manusia agar mencintai islam dengan dakwah mu. 

wallahhualam, yang lemah dari diri ini, yang betul, baik semuanya dari 
Allah taala, hanya menyampaikan ilham dariNYA. 

Wahai diri :

Jika kamu mahu berniqab.....

Berniqab bukanlah kerana trend terkini..

Berniqab bukan untuk menunjuk diri alim..

Berniqab bukan untuk merendah-rendahkan yg lain..

Berniqab bukan utk perlekehkan sesama Muslimin Muslimat..

Jadi sebelum kamu mulakan niqab di wajahmu,

Niqabkan hatimu dulu,

Niqabkan jiwamu dulu,

Niqabkan lidahmu dulu,

Niqabkan langkahmu dulu...

Kerana yg terselindung belum tentu terus berlindung.

Yang terbuka belum tentu terus terbuka ..

Berilmu lah sebelum kau beramal wahai ukhti fillah...

Kan silih berganti dugaan dan ujian dari Rabb mu...

Menguji sekuat mana cinta niqab didalam dirimu....

Usahlah melatah jika difitnah, kerana diri mu terlindung dari segala fitnah...

Maka fitnah itu pasti berlegar diluar lingkungan niqab mu....

Pabila ada kesempatan, yang lemah pasti fitnah itu menerjah kedalam diri mu..

Usahlah kamu mendongak wajah ke langit....

Perhatikanlah diri mu agar menjadi Niqabi terpuji ...

Kerana itu ku katakan, niqabkan dirimu, sebelum kamu niqabkan wajahmu..

Istiqamah bukan hanya sekadar kata-kata..

Istiqamah ini bukan hanya ayat cantik untuk diwarta di facebook,twitter,myspace,ym dan skype..

Tetapi ia perlulah datang dari jiwa yang tulus demi Allah swt..

Maka kau niqabkan setiap kata-katamu..

Jangan perlekehkan nilai niqab,

kerana dibalik tirai suara-suara itu..

berhimpun manusia menunggu jelek kan kamu...

Yang berniqab bercinta, tapi tiada tuju hala - ku berani katakan BERSEPAH DI ALAM MAYA!

Yang berniqab mulutnya ibarat tempayan - ku berani katakan KATA JIHAD TAPI MENGUMPAT!

Yang berniqab akalnya disimpan - kuberani nyatakan STATUS HARIAN JADI SARANG KEBENCIAN!

Yang membuka aurat, sudah ternyata tidak mahu mendengar-Nya....

Jangan lah yang memberati aurat ini mencemar niqab mu sendiri....

Jari jemari di papan kekunci katakan CINTAKAN ALLAH,CINTAKAN RASUL....

Yakinkah kamu? Jangan berkata tetapi hakikatkanlah tubuh mu...

Terlalu sarat dengan kata nista....

Kamu berdusta!!!

Jadi gadis berniqab, jagalah namamu,jagalah namaku,jagalah namanya dan jagalah nama mereka dan nama ummul mu'minen mu....

Niqab bukan fesyen terbaru!

Niqab bukan sekadar pelindung tabarruj!

Niqab bukan barang pemangkin ikhtilat!

Niqab bukan untuk dipersendakan...

Berilmulah sebelum beramal....

Kerana yang akan menderita adalah diri mu....

BERNIQABLAH KERANA KESEDIA MU, BUKAN UNTUK MEMPAMERKAN KEHEBATAN DIRI MU. KERANA ITU BELUM MENJADIKAN KAMU BERSEDIA UNTUKNYA, BAHKAN SEBENARNYA MASIH TIMBUL RASA CINTAKAN DUNIA, CINTAKAN PUJIAN MANUSIA...

nukilan ukti nabila 

No comments: