Assalammualaikum..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allah huakbar,
dengan segala rasa kesyukuran di panjatkan kepadaNya, 31 mei 2014, 2 syaaban, alhamdulillah mendapat berita baik. saya dah pon bagi hannaan adik. wiwiwiiwiwi.
seronok tak terkata. indah menjadi wanita hamil, mungkin ada di luar sana yang merasa tidak yakin dengan jarak umur hannaan dgn adiknya, hanya suatu perkara yang ingin saya tegaskan, bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah taala, kita sebagai manusia perlu percaya dengan qada' dan qadar Allah.
insyaAllah, dengan bertambahnya zuriat, maka bertambahlah rezeki, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya dan suami, tiada siapa yang tahu, hanya Allah saja yang tahu, sebagai seorang muslim, kita harus yakin dengan janjiNYA.
gembiranya suami ketika ain mengatakan diri ain positive hamil, diri ini? lagi tidak terkata indahnya rasa, syukur pada Allah kerana memberi lagi peluang pada diri ain untuk mengndungkan zuriat suami buat kali kedua, dan harap dapat sampai ke 3 4 5 6 7 8 9 eh....tangan laju pulak tekan no, hehe
apa yang Allah nak beri, terimalah dengan seadanya, mungkin ada segelintir masyarakat yang mempertikaikan usia saya ketika bergelar isteri pada 20 tahun. tapi saya yakin, bila Allah tempatkan ain dalam keadaan macam ni, maknanya, ada sebab kenapa, Allah tahu bahawa ain mampu memikul tanggungjawab yang berat ini,
perkahwinan itu tidak di ukur pada usia seseorang, tetapi tahap kematangan dirinya, jika umur 15 tahun tetapi fikiran dan tingkah lakunya sama seperti usia 25 tahun, dia lebih layak berkahwin. dan bersangka baiklah pada Allah, walaupun jodoh mu sampai lambat, ada kejayaan lain dan kebahagian lain Allah sediakan untuk bahagian masing-masing,
mungkin jodoh sampai lambat, tapi kita dapat kerja bagus-bagus, cemerlang dalam pelajaran dan mungkin jodoh kita pon sedang perbaiki diri untuk kita, once kamu bersangka baik pada takdir Allah, maka kamu akan dapat apa yang kamu sangkakan seperti kata-kata hadis qudsi tersebut :
" aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik, maka akan ditunaikan, jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan ( Riwayat Ahmad, Ibn Hibban)"
ingin yang baik-baik dari Allah, maka bersangka baiklah pada Allah, hidup ini singkat untuk kita memikirkan yang buruk sahaja, carilah kebaikkan dalam diri siapapon, hatta dia seorang pelacur, andai ada satu perkara yang baik dari dia maka ikotlah, yang tidak baik dari dia, kita mohon pada Allah agar menjauhkan diri drpd perkara tersebut,
tidak semua perkara dalam hidup saya semunya indah, nobody know, only Allah hear my du'a. dan Dialah tempat paling banyak saya mengadu dan menangis, tapi redhalah, semua ada sebab, tangisan tu nanti Allah akan bayar dengan happy.
last, thnks to Allah, kerana sentisa menyayangi diri ini walaupun akulah hamba paling hina padaMU, thnks to hubby, bermulanya sy bergelar isteri yang halal kepada kamu, terlalu banyak perkara baik kamu didik, saya tak ada ayah, tapi Allah beri sy suami yg sgt penyayang dan jaga sy dengan baik, bila sy sakit dialah dokter, bila sy menangis dialah yang pujuk, ketika sy hadapi maslah dia org pertama yang akan mendengar, dan sabarkan saya, ketika sy marah, dialah penyejuk, thanks for everything abang, thnkssss, x mampu nak cakap apa dah, banjirrrrrrrrrrrrr dah........
hadiah lagi untuk abang, baby no dua, hope dapat baby boy, boleh teman
abang main futsal, hannaan masak2 dengan umi dekat rumah.
ya Allah, terima kasih, pinjamkan aku sedikit kebahagian ini, syukur krn
beri daku peluang untuk merasa bahagia dalam dunia yang sementara ini,
berkati keluarga kami dengan kasih dan sayangMU,
peganglah hati-hati kami agar sentiasa berada di bawah redhaMU.
insyaAllah due date bersalin feb 2015.
alhamdulillah for everything i have
i love you morer Shahid Ab Rahim
No comments:
Post a Comment